Advertisement

Kenapa hilangnya rezeki?

KENAPA HILANGNYA REZEKI? Orang cakap jodoh, pertemuan, rezeki semuanya Allah yang tentukan. Ye, memang betul tu. Tapi, bagi cikla kita sebagai hambanya perlulah saling menjaga supaya rezeki itu sentiasa berdampingan dengan kita. Ada orang cepat menyalahkan Allah kalau sesuatu yang buruk terjadi kepada diri dan keluarganya. Sebenarnya, kita kena check diri kita dulu apakah yang menyebabkan ini berlaku. Jom cikla nak share apakah yang menyebabkan hilangnya rezeki terutama isteri, suami dan keluarga. Marilah sama-sama kita meneliti dan perbaiki mana yang kurang. 

Kenapa hilangnya rezeki?

Penyebab 1: Sering bergaduh. 
Rasanya situasi rumahtangga sekarang banyak berkeadaan seperti ini. Ada masalah sikit, bergaduh. Ada yang tak puas hati sikit, bertekak. Marah sikit sana, marah sini. Punca yang selalu menjadi penyebab adalah soal duit. Memanglah orang cakap sedangkan lidah lagi tergigit, tapi bergaduh bukanlah jalan penyelesaiannya. Bagi cikla ia umpama, mencurah minyak ke dalam api yang marak. Jalan penyelesaian terbaik, duduk berbincang dan cari persefahaman. 

Penyebab 2: Selalu merungut dan anggap anak anak sebagai beban. 
Anak adalah rezeki. Orang cakap setiap anak yang lahir membawa rezeki bersama mereka. Jangan rasa mereka sebagai beban tapi sentiada berusaha untuk mencari rezeki buat anak anak.

Penyebab 3: Selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tak dimiliki. 
Kita sepatutnya menjauhkan diri dari sikap suka mengeluh. Sebaliknya, kita mestilah selalu bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Jangan bandingkan apa yang kita punya dengan orang lain. Itu rezeki masing-masing. Bersyukurlah walau diberi rezeki yang sedikit sebab orang cakap itulah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah. 

Kenapa hilangnya rezeki?
Kenapa hilangnya rezeki? Sumber Google.

Penyebab 4: Kedekut dengan pasangan dan anak-anak. 
Jangan tak tau ada orang yang terlalu berkira dengan keluarganya sendiri. Nak itu, berkira. Nak beli ni berkira. Anak mintak belikan mainan (bukan selalu pun anak mintak), berkira. Isteri minta duit lebih nak beli barang dapur, berkira. Pendek kata, semua benda dia nak berkira. Bukannya kita nak suruh dia ikut je apa yang mereka nak, tapi apa salahnya pertimbangkan dulu kan. Sepatutnya, perlu ada tolak ansur dan saling memahami sesama pasangan sebab rezeki yang Allah bagi untuk dikongsi bersama. So, jangan nak kedekut sangat.

Penyebab 5: Gagal kawal emosi dan cepat marah. 
Kalau ada masalah yang timbul, jangan cepat melenting dan meninggikan suara dengan pasangan. Bincang secara baik dan dengan suara yang lembut. Gunakan kata-kata yang baik dan jangan mencemuh serta gunakan kata-kata kesat tak kira kepada suami, isteri dan anak-anak. So, secara tak langsung ini akan turut menjadi tauladan kepada mereka supaya lebih 'cool' menyelesaikan masalah bila mereka dewasa kelak. 

Penyebab 6: Kurang bersabar. 
Sabar adalah kunci dalam menjadikan keluarga lebih harmoni dan tenang. Tangani kerenah isteri/suami serta anak-anak dengan sabar dan nasihatilah dengan baik. Orang cakap, sekeras-keras kerak nasi, di letak air lama-lama lembut jugak. 

Penyebab 7: Kurang berdoa
Doa adalah yang terpenting. Sentiasa memohon semoga Allah sentiasa memberikan keluarga kita kebahagiaan dan menjauhkan kita dari sebarang musibah. Selalu mendoakan yang baik-baik untuk keluarga dan sentiasa ingat mereka dalam setiap doa mereka.

Cikla harap kita semua akan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Apa yang penting kita selalu ingatkan Dia tak kira susah atau senang.

Sumber: facebook.com. 

Post a Comment

5 Comments

  1. tq kongsi ^^ semoga bermanfaat buat kita smua :)

    ReplyDelete
  2. TQ sharing ni cikLa..sangat bermanfaat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome... mudah mudahan bg manfaat pd kita semua.

      Delete
  3. Sharingnya sangat bermanfaat :)

    ReplyDelete