'santai tapi sampai'

Kali ni cikla macam nak cerita pasal tanggungjawab. Cerita lebih kepada tanggungjawab rumahtangga, suami isteri, keluarga dan anak anak.  K...

Suami, tunjukkan keprihatinanmu.

Kali ni cikla macam nak cerita pasal tanggungjawab. Cerita lebih kepada tanggungjawab rumahtangga, suami isteri, keluarga dan anak anak. 

Kadang-kadang cikla pelik dengan sesetengah orang yang sibuk nak kawin, tapi dah sedia pikul tanggungjawab ke?

Jangan ingat kawin tu best dan syok dari satu segi je, ia sebenarnya merangkumi semua. Tanggungjawab zahir dan batin, keperluan menyediakan semua keperluan untuk keluarga, iaitu tanggungjawab lebih dipikul oleh si suami.

Memanglah isteri digalakkan untuk membantu suami tapi suami jangan amik kesempatan. Itu memang dah jadi tugas suami cari nafkah, so kalau isteri nak bantu untuk meringankan 'beban' suami, itu dibolehkan. 

Cikla rasa ada spesis suami yang malas kerja, banyak alasan dan yang lebih menyedihkan, taknak usaha. Semuanya mengharap orang bantu.

Orang, kalau nak bantu sekali-sekali bolehlah, tapi kalau dah selalu orang pun dah naik jelak. Nampak sangat tak usaha dan mengharap orang menyuap 'nasi' ke mulut dia, mana boleh macam tu.

Cikla bukan nak condem semua suami-suami (sebab bukan semua yang macam tu), tapi memang ada. Suami yang tau tidur berlingkar atas katil, time makan tau pulak selak tudung saji cari makan. Nak makan tau, tapi nak sediakan makan tak reti. Hishh, memang cikla geram dengan orang macam ni.

"Ala, ko tak tau masalah sebenar. Ko nak judge pulak."

Memang, memang semua orang ada masalah, tapi itu guna adik beradik dan teman rapat. 

Share, walaupun mungkin mereka tak dapat bantu tapi sekurang-kurangnya, ringan sikit beban yang ditanggung. Jangan bila ada masalah je, lari. 

Buat derk buat tak tau, lagilah tambah masalah. Isteri pun akan tensen dan stress. Tunjukkan yang awak tu mampu jadi pemimpin keluarga, baru orang nak respect awk.

Nak cakap masalah, semua orang ada masalah. Takde manusia yang takde masalah. Cuma kita je yang kena hadap masalah tu, bukan orang lain. Orang hanya boleh 'tolong' bagi pendapat je. Yang bertindak tu, awak.

Suami, tunjukkan keprihatinanmu.
Suami, tunjukkan keprihatinanmu. Image credited to google.

Lagi satu, ingat pengorbanan isteri. Bukan nak cakap suami takde pengorbanan, tapi rasanya isteri lebih lagi kot. Menghadapi susah senang bersama, itu belum lagi dugaan dan cabaran masa mengandungkan zuriat start dari awal mengandung sampailah melahirkan.

Bila dah sarat, bayangkanlah nak bawak perut lagi ke sana sini. Tolonglah hargai isteri. Janganlah sakiti dia. Mood orang mengandung, tau jelah, kejap ke darat kejap ke laut. 

So, suami kena pandai amik hati dan peranan. Paling tak pun, jangan sakitkan hati dia. Itu pun dah cukup.

Cikla bukan nak cakap my husband is perfect, terbaik. Tak. Dia jugak ada kekurangan dan kelemahan. Tapi, apa yang penting niat dah tekad untuk atasi kelemahan. 

Jangan hanya duduk menongkat dagu, mintak orang datang hulur bantuan. Tak bolehlah macam tu. lagipun kudrat masih mampu, muda remaja gagah perkasa lagi. Malu orang tengok. Apa yang penting ingat.

"tanggungjawab, tanggungjawab & tanggungjawab ."

Maaf kalau ada yang terasa dengan entri ni. Cikla cuma luahkan pendapat dan berkongsi rasa.

0 comments: