'Santai Tapi Sampai'

6 February 2016

Jangan tak percaya kalau kucing lagi popular dari orang....

Jujur, cikla bukanlah peminat kucing, sebab sejak dari kecik lagi memang 'catphobia', haha ada ke istilah tu, pepandai je. Sebenarnya ada ceritanya, takpelah. Nanti nantilah story, kita simpan dulu ceritanya. Tapi, bila tengok meow yang comel comel dengan bulus yang gebus gebas tu, suka pulak menengoknya. Cute lah pulak. 

Tapi, tengok je lah. Kalau suruh pegang memang surrender lah, hehe. *mohon jangan blame saya. Berbalik kepada cerita kucing popular ni, cikla ada terbaca dalam paper metro hari ni, pasal dua ekor kucing yang pada cikla memang menjadi sebutan pada masa kini. Apakah kucing kucing yang popular itu. Jom kita cikedaut, hehe.

Hamdan Karipuley.

Jangan ingat ni orang je nama hamdan. Kucing nama hamdan pun ada jugak tau. Hehe. Cikla pernah terbaca gak pasal si hamdan ni kat facebook. Ingat siapalah Hamdan Karipuley ni, rupanya kucing. Aduhh. Jangan tak tau, follower kucing ni mencecah ratusan ribu tau. Woowww.

Menurut tuan punya kucing tu, Fadzura Fadzri, memula dia jumpa si hamdan tu di sekitar kawasan rumahnya di Damansara Perdana, Februari tahun lalu. Nama karipuley diberi sebab si meow ni suka makan ayam goreng yang dibeli di kedai mamak. Ehh, dah melekat pulak nama Hamdan karipuley. Cute kan? 

Apa yang special pasal si Hamdan ni dia kalau keluar ke mana-mana tau balik sendiri dan yang paling best haiwan ni pandai berposing kalau amik gambar. Jangan tak tau, peminat kucing ni bukan dari Malaysia je, tapi ada jugak dari Eropah, Amerika, Australia dan United Kingdom. Wah, cayalah. In

Jangan tak percaya kalau kucing lagi popular dari orang....
Jangan tak percaya kalau kucing lagi popular dari orang.... 

Kalau korang nak tengok gambar gambar lain dan nak follow facebook si Hamdan Karipuley ni, klik SINI. Banyak lagi gambar dan aksi si meow ni.

Jep.

Haaa, ni sekor lagi. Namanya Jep. Kucing ni dari baka American Shorthair. Boleh dikatakan Jep lah kucing paling popular di Malaysia pada abad ini. Mana taknya,  si Jep ni berjaya mengumpul follower yang mencecah 208k di Facebook. Mak aii, l beagi ramai. Itu kat facebook. Kalau kat instagram, Jep mempunyai follower seramai lebih 50k. Vah vahhhh, kalah retis. Haha.

Menurut pemilik kucing ni, Nor Azwana Awang, banyak jugak dugaan nak bela Jep ni, sebab sebelum ni si Jep ni pernah hilangkan diri, mujurlah di Jep ni dikenali so ia berjaya ditemui semula hasil dari maklumat penduduk setempat. 

Ye lah, kucing cantik kan, comel lagi. Mesti ramai je yang minat. Asalnya dia membela Jep ni, dia beli kucing tersebut di sebuah kedai haiwan di Temerloh semasa Jep berusia 7 bulan. Nama Jep diberi sebab ia ringkas dan sesuai dengan lokasi kampung. Ok jugak tu, senang nak panggilkan.  

Kalau korang nak tau, keistimewaan Jep ni adalah kucing ni mampu membuat apa je mimik muka termasuklah mengantuk, ketawa, bersahaja, tak kisah, sedih, dan menjeling. Pandai betul kucing ni kan, kagum pulak cikla. Jep sememangnya kucing yang berbakat. Tengok ajelah aksi kucing ni.

Kucing popular, kucing kacuk, Jep kucing glamour
Jangan tak percaya kalau kucing lagi popular dari orang.... 

Kalau korang nak follow laman sosial si jep ni, klik SINI untuk facebook dan klik SINI untuk instagram. Banyak lagi gambar gambar menarik jep si kucing ni.

Kat rumah cikla ni ada jugak pak mertua cikla bela kucing betina sekor, si Comot namanya. 

Asalnya kucing orang buang. Memula tu, pak mertua cikla bagi makan, lama-lama dah jadi sebahagian dari keluarga kami.

Semoga murah rezeki orang-orang yang membela kucing ni. Lagipun, kucing kan binatang kesayangan Nabi. Thanks for reading, meooooow

Sumber credited to Harian Metro.

5 comments:

  1. wahhh baru tahu pasal ni. hehe. bersungguh saya stalk ig si jep tu tadi.. wuuu. comellnyaa! ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... comel kan.. pandai pulak si jep beraksi kan..

      Delete
  2. habis da kita stalk artis2 nih.....

    ReplyDelete
  3. Hamdan Karipuley tak pernah ada akaun instagram... Sebab mak tiri nak pakai instagram pun tak reti...

    ReplyDelete