5 February 2016

Nak tau apa ANTIBIOTIK HATI?

Hati yang bersih bebas dari anasir buruk terutamanya godaan syaitan yang menyesatkan. Orang yang bersih hatinya sentiasa berfikir baik baik dan tak pernah bersangka buruk dengan orang lain termasuk Allah SWT.

Jangan ingat bila kita sakit je kena amik antibiotik sebab nak bunuh kuman-kuman yang menyebabkan kita sakit. 

Sebenarnya hati juga perlu diberi antibotik sebab untuk mengelakkan hati daripada serangan 'kuman' atau perosak hati yang boleh memudaratkan. Jom kita tengok apakah antibiotik yang diperlukan.

Nak tau apa ANTIBIOTIK HATI?
Nak tau apa ANTIBIOTIK HATI? Kredit Google.

Pertama; membaca Al Quran dan faham maknanya.

Sebenarnya memang kita digalakkan untuk memahami makna setiap ayat Al Quran yang kita baca. Jangan hanya baca, tanpa memahamj ertinya. Sekarang banyak tafsir Al Quran kan, bak kata orang tua, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih, tepuk dada tanya iman. Tinggal nak tak nak je. 

Kedua; mendirikan solat malam.

Tak dinafikan hanya sesetengah orang yang rajin buat solat malam. Pada yang rajin buat, alhamdullilah teruskan perbuatan itu. Pada yang tak buat, cuba untuk berubah. Perlahan lahan takpe. Janji kita ada inisiatif untuk lakukan. Terkesan jugak di hati, sebab ini peringatan untuk cikla jugak. Allahu.

Ketiga; bersahabat dengan orang soleh.

Orang cakap, sahabat kita adalah cerminan kita. Maknanya, kalau kita berkawan dengan orang yang baik, inshaAllah baiklah kita. Begitulah sebaliknya. So, ingatan untuk kita semua dan diri cikla jugak supaya carilah kawan yang boleh membawa kita ke jalan kebaikan. Semoga kita semua dikelilingi oleh orang yang baik-baik. Aamiin.

Keempat; banyakkan berpuasa sunat.

Selain kita diwajibkan berpuasa dibulan Ramadhan, Islam menggalakkan kita berpuasa sunat. Bak, kata orang, top up amalam wajib dengan yang sunat. Semoga amalan kita diterima olehNya.

Kelima; berzikir mengingati Allah.

Cikla ada terbaca, iaitu ingat Allah dengan zikir, ingat Rasullullah dengan selawat ke atas baginda. Zikirnya pun mudah je, SUBAHANALLAH WALHAMDULLILAH WALAILLAHHAILLAHALLAHU AKBAR.

Semoga ini akan menjadi amalan kita semua. Insha Allah. Perkongsian ni bukan nak tunjuk pandai, tapi hanya sekadar peringatan untuk kita semua termasuklah diri cikla jugak. 

Semoga Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa kita. Aamiin.

1 comment:

  1. alhamdulillah...insyaAllah akan diamalkan semua antibiotik hati..^_^

    ReplyDelete