Kebaikan minum air suam?

Kebaikan meminum air suam memang tak dapat disangkal lagi. Jom baca kalau nak tau lebih.

Kebaikan minum air suam?
Kebaikan minum air suam? Kredit Google.

Bersihkan Tubuh

Korang tau tak, air suam cukup efektif untuk bersihkan tubuh. Kalau sistem penghadaman korang kurang baik, dengan mudah korang dapat atasinya dengan minum segelas air suam, dua kali sehari. 

Selain tu jugak, minum segelas air suam pada pagi hari juga dapat membersihkan tubuh dari racun dan memperbaiki sistem yang rosak di dalam tubuh. Korang jugak boleh campurkan air suam dengan madu atau lemon untuk dapatkan hasil yag lebih baik. Cubalah!

Kurangkan Kesakitan

Rupanya, dengan meminum segelas air panas suam adalah ubat yang efektif untuk menyembuhkan sakit menstruasi. Kalau korang mengalami sakit perut ke, sakit kepala ke ataupun sengal-sengal badan, cubalah minum segelas air suam. 

InshaAllah korang akan rasa lega sebab dikatakan inilah cara paling cepat dan mudah untuk merawatnya.

Cegah Sembelit

Rasanya semua orang pernah alami sembelit kan. Mungkin lepas ni korang boleh try minum air suam pulak. Pagi-pagi lepas korang bangun tidur tu, cer minum segelas air suam dalam keadaan perut kosong. 

Cara ni dikatakan bagus untuk tingkatkan pergerakan usus. Kesannya, masalah sembelit akan dapat diatasi. Air suam jugak boleh pecahkan partikel makanan dan membawanya melalui usus.

Keluarkan Peluh

Korang perasan tak, kadang-kadang time korang minum air suam, peluh akan keluar. Sebenarnya, masa itu, suhu badan korang akan meningkat, so air akan cuba untuk dinginkan suhu tu melalui peluh. 

Apa yang best, berpeluh boleh bantu bersihkan sel-sel kulit gak. Syok kan?

Kawal Berat Badan


Kalau korang berhasrat nak turunkan berat badan, apa kata minum segelas air suam dengan lemon dan madu everyday setiap lepas makan. Cara ini sebenarnya sangat membantu untuk turunkan berat badan yang berlebihan. 

Air suam berfungsi pecahkan timbunan lemak dalam badan dan sekaigus dapat membantu dalam proses penurunan berat badan. Lemon pulak yang mengandungi pektin serat yang mana akan kawal keinginan korang untuk makan. 

Lancarkan Aliran Darah

Selain fungsi air suam dikatakan mampu membakar timbunan lemak, dia jugak dapat bantu lancarkan aliran darah dalam badan serta keluarkan racun berbahaya dari dalam badan.

Atasi Masalah Selsema Dan Batuk

Iritasi atau keradangan yang berlaku pada tekak atau tonsil disebabkan batuk memang sakit gila kan? So, dengan meminum air suam boleh bantu kurangkan sakit tekak dan batuk berkahak serta bantu kahak keluar dengan mudah.

Moga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews