'Santai Tapi Sampai'

15 December 2021

Makanan untuk pesakit tiroid.

Apakah makanan yang paling sesuai untuk pesakit tiroid? 

Soalan ini selalu ditanya pada doktor kan. So, jom kita baca perkongsian dari Dr Arif Shahar untuk merungkai kegusaran ini mengenai pantang-larang pemakanan bagi pesakit tiroid. 

Perkara pertama yang perlu kita fahami adalah penyakit tiroid ni adalah pelbagai. 

Kedua, kebanyakan penyakit tiroid tak dipengaruhi oleh faktor pemakanan dan gaya hidup. 

Ketiga, iodin adalah bahan mentah bagi kilang pengeluaran hormon tiroid iaitu kelenjar tiroid dan ia diproses menjadi hormon tiroid iaitu tiroxin (T4) dan triiodotironin (T3)].

Contoh makanan kaya iodin adalah ikan kod dan tuna/tongkol, seaweed, shrimp/udang dan lain-lain makanan laut, produk tenusu seperti susu, dadih dan keju dan iodized salt atau garam beriodin. 

Keempat, sesetengah makanan dipercayai boleh menyebabkan goiter atau bengkak tiroid atau beguk yang juga dikenali sebagai Goitrogens. 

Dia ni bertindak halang iodin daripada diserap masuk ke dalam kelenjar tiroid. Keadaan inilah, dipercayai jadi punca macam mana gangguan tiroid boleh jadi dalam kalangan mereka yang mengambil goitrogen secara berlebihan. 

Untuk pengetahuan korang,  tiga jenis bahan kimia goitrogens yang biasa ditemui dalam makanan ialah:

1. Goitrins
2. Thiocyanates
3. Flavonoids

Makanan yang mengandungi goitrogens adalah seperti; 

CRUCIFEROUS VEGETABLES (TIDAK DITERJEMAHKAN SEBAGAI SAYUR-SAYURAN SALIB)

Bok choy
Broccoli
Brussels sprouts
Cabbage / kobis
Cauliflower / kobis bunga
Collard greens
Horseradish
Kale
Kohlrabi
Mustard greens
Rapeseed
Rutabagas
Spinach / sawi
Swedes
Turnips / lobak putih

FRUITS AND STARCHY PLANTS (BUAH DAN SAYUR BERKANJI)

Bamboo shoots / rebung
Cassava
Corn / jagung
Lima beans
Linseed
Millet
Peaches
Peanuts
Pears
Pine nuts
Strawberries
Sweet potatoes

SOY-BASED FOODS (MAKANAN BERASASKAN SOYA)

Tofu
Tempeh / Tempe
Edamame
Soy milk / susu soya


Namun macam yang dah disebutkan tadi, PENYAKIT TIROID ADALAH PELBAGAI.  Faktor pemakanan termasuklah pengambilan iodin dan goitrogen adalah penting bagi penyakit ENDEMIK GOITER atau IODIN DEFICIENCY DISEASE (IDD) atau Penyakit Kekurangan Iodin. 

IDD atau Penyakit Kekurangan Iodin adalah bengkak tiroid (goiter) beserta hipotirodisma yang disebabkan oleh kekurangan iodin dalam diet masyarakat. Biasanya ia terjadi dalam kalangan mereka yang tinggal di pedalaman dan pergunungan di mana makanan laut yang kaya dengan iodin tidak sampai ke pinggan mereka. 

Penyakit IDD mungkin lebih sukar dibasmi walaupun garam iodin dibekalkan, sekiranya sesebuah masyarakat mengamalkan pengambilan goitrogens secara berlebihan. Oleh yang demikian, mereka yang menghidap penyakit tiroid. Selain daripada IDD atau HIPOTIROIDISMA atau GOITER disebabkan oleh kekurangan zat iodin, maka mereka adalah tak terkesan dengan makanan yang disenaraikan di atas.

Jadi mengapa nak bersusah payah berpantang makan kalau korang menghidap HIPERTIROIDISMA kerana GRAVES DISEASE dan HIPOTIROIDISMA kerana HASHIMOTO’S TIROIDITIS? 

Ia disebabkan oleh antibodi tiroid yang beredar dalam pembuluh darah anda, bukannya makanan dalam perut anda yang diambil berpada-pada dan bersederhana. 

Untuk mengetahui apa sebenarnya penyakit tiroid yang korang sedang hidapi, sila bertanya dengan doktor yang merawat anda. 

Oh ya! Kalau korang perlu menjalani rawatan radioaktif iodin, RAI korang perlu mengelakkan makanan yang kaya dengan iodin selama kurang lebih 2 minggu sebelum rawatan. 

Selain daripada itu, selamat menjamu selera! Moga bermanfaat.  

Kredit : Dr Arif Shahar (Endokrinologi)

No comments:

Post a Comment