Siapa selalu kena krem masa mengandung?

Ada pulak yang kata krem ni jadi bila  otot kaki terpaksa tampung berat badan yang berlebihan sebab rahim yang membesar jugak turut bagi  tekanan dari pengaliran darah dari vena utama kaki naik ke atas. 

This situation jugak libatkan kesan hormon progesterone. Hormon ni hormon utama yang terhasil waktu mengandung, yang mana  ini secara tak langsung bagi kesan kepada ketahanan dan kekuatan otot kaki masa mengandung. 

Korang nak tau tak apa punca jadi krem ni? Tu dia.

1- Otot betis korang yang keletihan, nak nak pulak kalau korang sejenis yang aktif berjalan the whole day. So, memalam tu sebelum tidur eloklah urut urut dulu kaki tu. Baru selesa nak tidur nanti.  

2- Pemilihan kasut yang korang pakai mungkin tak sesuai sebab tekanan pada urat saraf kaki boleh sebabkan kaki cepat lenguh dan krem. Lagi lagi kalau kaki korang bengkak. Uishh, lagi hazab bin sadis. 

3- Peredaran darah yang tak lancar. So, korang kenalah rajin sikit rendam kaki dengan air panas dalam 15 minit gitu untuk lancarkan peredaran darah. Korang kena rajin bersenam gak tau.

4- Mungkin badan korang kurang garam mineral, contohnya kalsium, tak pun magnesium atau fosforus pulak terlebih-lebih. Jadinya, minum susu kenalah tu konsisten, dan jangan lupa ambil air masak secukupnya jugak.

5- Mungkin disebabkan cuaca jugak, nak nak waktu malam kan sejuk biasanya. Pastu, tidur pulak tak berselimut. So, kenalah beringat lepas ni.



So, apa nak buat kalau tetiba kena krem lagi lagi bila time sorang-sorang? 

Korang luruskan kaki pelan pelan, pastu bengkokkan bahagian buku lali kaki dan jari-jari kaki ke arah korang. Pastikan sendi lutut semua lurus tau. 

Kalau boleh, try bongkokkan badan. Pastu, try capai jari kaki korang, dengan lembut dan sopan, then tarik jari-jari kaki perlahan-lahan.

Tapi, kalau nak yang paling pantas nak bagi lega, sapu minyak urut moden MMG je. Sapu dan gosok perlahan-perlahan bahagian yang sakit tu, inshaAllah memang rasa lega sangat. 

Lepas ni, tidur kenalah berselimut ye, kalau tak nak pun pakailah stoking. Janji kaki tu tak terdedah dengan cuaca sejuk. 

Klik SINI untuk pertanyaan dan order.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (37) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (454) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews