Cerita radioiodin : Bahagian nuklear, tempat apa tu?

By Cikla Shahril - September 13, 2021

Dulu, masa kena buat rawatan radioiodin untuk kanser tiroid, cikla juga berpengalaman duduk dalam bilik kuarantin, tapi masa tu cikla buat di IKN, Putrajaya. 

Tapi, kisah ini dikongsikan oleh seorang staff nurse di Jabatan Perubatan Nuklear HKL. Jom baca kita tambah pengetahuan. 

Bahagian nuklear adalah tempat untuk pesakit tiroid yang memerlukan rawatan Radioactive Iodine (Radioiodine) Therapy for Thyroid Cancer.

Thyroid pulak ada dua, hypothyroidism dan hyperthyroidism. Ehh, amende tu. Senang faham, hypothyroidism tu kurang hormon tiroid, hyperthyroidism pulak lebih hormon tiroid. Korang, cara gali sendiri la ye. Cikla ada share sebelum ni. 

Cerita radioiodin : Bahagian nuklear, tempat apa tu?
Cerita radioiodin : Bahagian nuklear, tempat apa tu? Gambar kredit Google. 

Kita sambung balik pasal radioaktif iodin terapi. Radioaktif iodin terapi ni salah satu treatment yang agak important jugak la, bertujuan untuk menghapuskan thyroid cells yang bermaharajalela di thyroid gland atau kelenjar tiroid.

Mana-mana pesakit yang admitted di Wad Radioiodine adalah pesakit yang minum iodine pada dos yang tinggi. Mana yang kena minum setakat 50 mci or 80 mci ke bawah, just minum kat klinik je tapi kena ikut pantang larang jugak ye. 

Radioactive Iodine (RAI) Therapy ni ada radiasi. Dah nama pun radioactive kan. So, ada pantang larang sebelum dan selepas minum. Pesakit yang minum dos melebihi 80 mci kena kuarantin dalam wad sekurangnya 8 hari atau seminggu.

Cerita radioiodin : Bahagian nuklear, tempat apa tu?
Cerita radioiodin : Bahagian nuklear, tempat apa tu? Gambar kredit Google. 

Pantang larang SEBELUM minum RAI :

Stop makan ubat Carbimazole 7 hari sebelum tarikh minum RAI (untuk hyper).
❌ Stop makan ubat Thyroxine sebulan sebelum tarikh minum RAI (untuk kanser). 
❌ Stop makan seafood termasuk ikan 7 hari sebelum tarikh minum RAI.
❌ Stop makan any produk tenusu termasuk cheese ke keju ke susu ke cheesy wedges ke or apa jua makanan yang berkaitan 7hari sebelum tarikh minum RAI.
❌ Stop makan sebarang coklat jugak tau 7hari sebelum tarikh minum RAI.
❌ Stop makan KUNING TELUR 7 hari sebelum tarikh minum RAI.
❌ Stop makan sebarang supplement luar terutama yang berunsurkan gamat, spirulina 1 bulan sebelum tarikh minum RAI.

Pantang larang SELEPAS minum RAI :
(Out patient - yang walk in ke ward dan balik umah terus lepas minum RAI).

❌ KUARANTIN kat rumah sekurangnya 7 hari.
❌ TAK BOLEH nak singgah-singgah pasar ke shopping mall ke apa ke. Terus balik rumah. Jangan sebarkan radiasi pada mereka yang sihat. Kesian dorang.
❌ Basuh baju asing, jangan campur dengan ahli keluarga yang lain. Digalakkan wash by hand je. Untuk elak sebaran radiasi.
❌ TAK BOLEH MASAK melainkan untuk diri sendiri.
❌ Pinggan mangkuk tak boleh kongsi. Kalau kuarantin kat rumah guna satu pinggan satu cawan satu sudu sepanjang kuarantin. Cuci asing dari pinggan mangkuk orang lain.
❌ Tak boleh share bilik dengan ahli kelurga yang lain. Kena tidur dalam bilik berasingan.
❌ Jarakkan sekurangnya 1-2 meter dengan ahli keluarga atau sesiapa sahaja apabila hendak berkomunikasi.
❌ Guna tandas, pam sekurang 3x untuk kurangkan radiasi.

Kalau patient in ward pun sama je pantang larangnya. Cuma beza dalam ward ni kena pakai baju hospital, diet served dalam bekas yang disposable

Guna tandas pam 3x. Buang sampah yang digunakan dalam tong khas yang disediakan. Ada ruangan khas yang memisahkan jarak pesakit dan staff untuk berkomunikasi. 

Boleh menerima pelawat tetapi pesakit tak boleh keluar dari bilik. Kiranya nak membawang kuat-kuat tak boleh la, kena maintain jarak 1-2 meter tu. 

Selepas 48 jam atau post day 3 minum RAI, Staff Fizik akan datang dan ukur bacaan radiasi dalam badan. 

Katanya lagi, "Ramai pesakit yang takut bila kena minum RAI ni disebabkan radiasi, even department lain pun ada yang tak paham. Takut sangat kalau dengar kita nak transfer patient ke department diaorang. 

Once Staff Fizik dah datang dan ukur radiasi dalam badan dan cakap all ok dan dah di tahap normal, means it's ok. Jangan campur aduk dengan perkara yang kita tak arif tentangnya. Jangan bahas dengan mereka yang pakar dalam bidangnya. Make it simple."

Cerita radioiodin : Bahagian nuklear, tempat apa tu?
Cerita radioiodin : Bahagian nuklear, tempat apa tu? Gambar kredit Google.

Tambahan info;

Jika pesakit collapsed ketika menjalani rawatan Radioiodine (walaupun ia sangat jarang berlaku) nyawa pesakit tetap diutamakan walaupun pesakit berada dalam keadaan beradiasi tinggi dan agak berisiko pada staff. 

Namun, jururawat yang bertugas perlu mengikut SOP KESELAMATAN yang ditetapkan. Pegawai Sains Fizik yang bertugas atau oncall wajib diberitahu. 

Dan pegawai sains fizik akan datang ke wad dan mengukur kadar radiasi dalam badan pesakit.

Jururawat dan PPK pula perlu masuk ke bilik kuarantin secara bergilir-gilir. Tak digalakkan masuk bersama sekaligus. Tujuannya untuk mengelak terkena sebaran radiasi yang tinggi.

Untuk pengetahuan, pada ketika ini waris telah pun dimaklumkan akan keadaan pesakit oleh doktor. Jika pesakit meninggal dunia, LO (Last Office) akan dilakukan seperti biasa, namun bezanya pesakit akan dimandikan dan disolatkan di wad. 

Segala urusan pengendalian jenazah akan dilakukan di dalam wad dan dipantau oleh pegawai sains fizik yang bertugas atau oncall. 

Untuk proses pengebumian, hanya seorang atau dua atau beberapa waris terdekat sahaja yang dibenarkan hadir. 

Tujuannya untuk mengelakkan sinaran radiasi merebak kepada mereka yang sihat. Selalunya waris faham dan akur dan akan mengikut arahan dari pihak hospital demi keselamatan diri masing-masing.

Moga ia memberi sedikit info pada yang memerlukan. 

Sumber: SharkyLemon JavaLava (grup fb Tiroid dan Anda Ori).

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments