'santai tapi sampai'

Cikla agak semua tau kot, mata adalah anugerah dan nikmat yang paling bernilai. Tanpa mata kita tak dapat melihat alam sekeliling, tak dapat...

Nak tau cara sembuhkan sakit mata secara alami? Baca ni.

Cikla agak semua tau kot, mata adalah anugerah dan nikmat yang paling bernilai. Tanpa mata kita tak dapat melihat alam sekeliling, tak dapat tengok wajah orang kita sayang dan tak dapat melakukan aktiviti rutin kita dengan baik. So, jagalah organ yang satu ini sebaiknya. Insha'Allah. 

Tapi, orang kata kalau kita jaga macam mana pun Allah nak uji kita bagi sakit, kita wajib berikhtiar untuk menyembuhkannya. Apa kata kita cuba dengan cara alami atau semulajadi. Sudah tentu ia lebih selamat walaupun mungkin kesan dia agak lambat kan. 

Alaa, kita cuba ajelah mudah-mudahan serasi dan sembuh. 

Nak tau cara sembuhkan sakit mata secara alami? Baca ni.
Nak tau cara sembuhkan sakit mata secara alami? Baca ni. Gambar diubahsuai dari carian Google.

Cara menyembuhkan sakit mata secara alami yang pertama adalah dengan menggunakan air hangat. Celupkan kain bersih ke dalam air hangat, kemudian peras lalu tempelkan atau letakkan pada mata selama 15 minit. Cara ini akan menjadikan otot mata yang meradang atau bermasalah akan menjadi baik.

Kedua, menggunakan daun sirih. Rasanya sejak dulu lagi daun sirih dikatakan dapat mengubati penyakit mata. Caranya, rebus 5 helai daun sirih, kemudian ditapis dan ambil airnya. Guna aira tersebut untuk membasuh mata. Ada yang kata, kali pertama buat akan rasa pedih sikit tapi lama-lama akan ok. 

Ketiga, guna kentang. Kandungan dalam kentang dikatakan dapat membunuh kuman dan bakteria yang ada di mata yang sakit itu. Caranya, kupas kentang dan cuci bersih-bersih. Parut kentang, lepas tu bungkus kentang tadi dengan kain. Then, tekan bungkusan kain berisi kentang tu pada mata.

Keempat, guna bawang putih. Ramai tau kot, bawang putih mempunyai terlalu banyak manfaat untuk kesihatan termasuklah untuk menyembuhkan mata yang sakit. Caranya, ambil seulas bawang putih pastu kupas dan hiris sedikit di hujungnya. Setelah itu gunakan pada garis bawah mata macam korang pakai eyeliner. Biarkan beberapa saat. 

Benda ni pedih sikit, maklumlah bawang wehh sedangkan kupas kulit dia pun boleh berair mata ni kan pulak letak kat mata. Hihi. Namun, cara ni lebih efektif untuk mengeluarkan kotoran pada mata.

Moga bermanfaat. 

Kredit grup telegram PetuaDanKesihatan.

1 comment: