Dalam bisnes dan hidup korang, korang pernah tak rasa, korang dah buat semua dah, semua korang follow apa yang leader suruh, tapi hasilnya null.
Bak kata orang, rasa letih dan giveup tu macam segunung everest banyaknya. Rasa macam hanyut di tasik madu, tak siapa yang peduli. Ececehh, bermadah pulak dah. Hihi.
Setan mulalah menghasut, bisik bisik kat telinga etu. "Alah, ko tak boleh buat berhenti jer la. Nak buat apa buang masa." Huhu.
Korang tau tak, bila korang mula rasa give up, down korang hanya mempunyai 2 pilihan, sama ada nak teruskan apa yang korang buat sekarang ni atau buat something dengan try benda baru atau berubah! So, apa yang korang kena buat?
Stop pressure yourself!
Gais, memang bagus bercita-cita tinggi, tapi kadangkala ada masanya kita perlu 'duduk, cermin semula diri kita dan cari tahu semua hal baik yang korang buat sekarang. So, bila kecewa, try buat ni :
- Fikirkan hal-hal dalam hidup korang yang buat korang bersyukur. Fokus jer apa yang korang ada, dan bukan pada yang korang takde atau apa yang dipunyai oleh orang lain.
- Stop bagi tekanan pada duri korang tu. Just syukur dan bersemangat dengan siapa diri korang sekarang. Terima diri seadanya sebab kebahagiaan adalah pilihan. Betul?
Bangun dan bergerak wehh.
Cuba untuk keluar dari situasi yang korang duduk sekarang, jangan asik terperuk jer dengan melakukan aktiviti yang korang suka. Buatlah streching ke, senaman ringan ke bagi badan tu fresh dan lepas dari stress.
Paling mudah, pergi walking walking ke, cycling ke. Asalkan korang dapat environment yang buat korang lebih rasa fresh dan bersemangat.
Dekatkan diri dengan orang yang korang suka.
Bergaullah sesama keluarga dan kawan-kawan sebab inilah ubat terbaik boleh menjadi ubat terbaik bila kita in 'blues'.
Paling tak pun, buat video call ke, call ke at least korang dapat berbual. Cerita benda benda best je la. So that dapat jugaklah release apa yang menyebukan fikiran tu.
Cari jalan untuk ketawa.
Korang, kita takleh nak terlalu serius sangat. Ada masalah ketawalah. paling mudah ingat benda benda happy masa kita kecik dulu. Orang kata zaman kanak-kanaklah zaman paling hepi. Takde masalah. Hihi.
Makan sesuatu yang sihat.
Ada orang bila rasa down mesti makan kan? Paling mudah makan makanan ringan, betul tak? Tapi kan, sebenarnya junk food boleh jadi trigger kepada stress yang korang hadap tu. Bertambah stress lagi. Haha. Apa yang bagus, makanla makanan ringan yang sihat ye kawan-kawan macam sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, dan bijian.
Tarik nafas dalam-dalam.
Fokus pada pernafasan mungkin dapat membantu korang daripada berfikir yang bukan-bukan sebab ada artikel dalam MyHealth menyebut, semasa stres, pernafasan akan jadi cepat tanpa kawalan. Dengan lakukan teknik pernafasan yang betul, korang boleh jadi lebih tenang bila berhadapan dengan situasi yang tegang. Ia dapat tingkatkan pertukaran antara oksigen dan karbon dioksida, so that ia tingkatkan peredaran darah sekaligus kurangkan ketegangan.
Baca sesuatu yang menginspirasikan.
Korang tau tak, sepatah ayat mempunyai power untuk menyembuhkan dan mengurangkan rasa down. Cuba cari dan baca cerita menginpirasikan.
Selesaikan semua perkara yang sepatutnya.
Ini adalah antara cara mudah untuk change negative thinking bila korang alami hari yang buruk, iaitu dengan melakukan "kerja". Lakukanapa jer yang korang suka, dan sebagai umat Islam yang taat, ‘kerja’ yang patut korang lakukan adalah menunaikan kewajipan dengan mengingati Dia.
Bagi cikla, apa yang penting kita ingat balik apa tujuan dan big why kita kita kita buat sesuatu tu terutama dalam bisnes. Rasa down itu normal tapi janganlah down lama-lama dan terlalu mengikut hati. Moga dipermudahkan urusan kalian ya.
kadang-kadang satu cara pun tak jalan..bertambah stress huwaa
ReplyDelete