'santai tapi sampai'

Solat merupakan tiang agama. Kalau kita tak solat, umpama kita meruntuhkan tiang agama. So , jangan tinggalkan solat walau dalam keadaan apa...

Jom check betul ke cara solat kita?

Solat merupakan tiang agama. Kalau kita tak solat, umpama kita meruntuhkan tiang agama. So, jangan tinggalkan solat walau dalam keadaan apa sekalipun. 

Namun, betul ke cara solat kita? Dalam 13 rukun solat itu ada 3 rukun khusus. Ye betul, memang ramai yang solat tapi ramai juga yang solat ikut ikutan dan tak berapa faham cara solat yang sebenar boleh menjejaskan sah solat kita. 

So, jom kita ulangkaji balik. Pertama, rukun solat ada 13:

1. Niat.
2. Berdiri dengan betul.
3. Takbiratul ihram.
4. Membaca Al-Fatihah.
5. Rukuk.
6. I’tidal.
7. Sujud.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Bacaan tahiyat akhir.
10. Duduk tahiyat akhir.
11. Selawat dalam tahiyat akhir.
12. Salam.
13. Tertib.


Namun, dalam 13 rukun itu dipecahkan kepada 3 bahagian:

1. Rukun Qalbi iaitu rukun ke atas pekerjaan hati.
2. Rukun Fi’li iaitu rukun ke atas perbuatan atau gerak kerja.
3. Rukun Qauli iaitu rukun ke atas ucapan atau kata-kata di mulut.

Majoritinya ramai dari kita faham dan lulus 2 rukun pertama iaitu Rukun Qalbi dan Rukun Fi’li dan ramai yang melanggar Rukun Qauli terutamanya ke atas mereka yang menjadi makmum dalam solat.

Kesalahan Rukun Qauli Yang Selalu Di Langgar Dalam Solat.
Ramai dari kita tak kira samada masa solat sendirian atau semasa berjemaah kita selalu membaca bacaan-bacaan solat di dalam hati. Kita ingat dengan bersolat begitu kita rasa kita sah tapi kita khuatir ianya tak sah.

Ada juga yang seperti membaca di bibir tapi rupa-rupanya hanya bunyi angin yang keluar dari mulut yang tak mengeluarkan bunyi bacaan. Makna kata, hanya bunyi angin sahaja.

5 Rukun Qauli yang selalu kita langgar di dalam solat:
1. Tak takbir ‘Allahu Akbar’ dengan menyebut atau melafaz jelas di bibir.
2. Tak membaca Al Fatihah secara lafaz.
3. Tak membaca Tahiyat Akhir secara lafaz.
4. Tak membaca selawat secara lafaz di rakaat terakhir.
5. Tak memberikan salam, ‘Assalamualaikum Warahmatullah’ dengan secara lafaz.

Apa Maksud “Menyebut Dan Melafaz?
Dalam Rukun Qauli kita perlu menyebut atau melafaz bacaan yang perlu kita sebut dan lafazkan sehingga terdengar pada telinga kita sendiri. 

Cukup sekadar untuk telinga kita sendiri dan tak wajib ke atas semua bacaan solat tetapi pada 5 tempat:

1. Semasa Takbiratul Ihram.
2. Semasa membaca Al Fatihah.
3. Semasa Tahiyat Akhir.
4. Semasa membaca selawat pada rakaat terakhir.
5. Semasa lafaz salam.


So, perbaiki segera 5 Rukun Qauli ini untuk menjadikan solat kita sah dan sempurna. Jika solat yang selama ini kita lakukan tak sempurna atau tak sah, perlulah kita segera:

1. Taubat mohon keampunan dari Allah dan jangan diulangi lagi kesalahan yang sama.
2. Tuntut ilmu, belajar, ulangkaji, jangan melenting apabila ditegur, perbaiki diri dan kesilapan lalu.

Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. Carilah ilmu yang sebenar dan beramal dengannya agar tak rugi di dunia apatah lagi di akhirat nanti. InshaaAllah.

#copyandapaste

4 comments: