Nak tau tanda-tanda sifat sombong? Jom baca ni sampai habis.

Apakah maksud sombong sebenarnya ya. Sombong juga disebut dengan istilah kibr, takkabur dan istikbar yang mana seseorang itu melihat dirinya jauh lebih hebat dan lebih baik dari orang lain. 

Senang kata, dia anggap diri dia sentiasa sempurna dan memandang orang lain dengan pandangan hina. Rasa ujub atau membanggakan diri dengan merasakan dirinya hebat berbanding dengan orang lain. 

Nak tau tanda-tanda sifat sombong? Jom baca ni sampai habis.
Nak tau tanda-tanda sifat sombong? Jom baca ni sampai habis. Kredit Google.

Apakah pula tanda-tanda sombong? Jom baca ni sampai habis. 
 
  • Susah nak terima pandangan orang lain walaupun dia rasa pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.
  • Bila berlaku berbincang, dia cepat melenting dan marah kalau ada tersilap. Dia suka meninggikan suara lebih daripada yang diperlukan. 
  • Suka berkawan dengan sama taraf sahaja. Bahkan kalau berkawan dengan orang sama taraf sekalipun, dia masih memilih-milih lagi, dan dia suka orang yang mahu dengar katanya.
  • Pandang hina kepada golongan bawahan.
  • Dalam pergaulan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti, tapi dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain. Dia je yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.
  • Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikutnya dan orang bawahannya. Dia suka dihormati, dan suka menzalimi orang samada secara halus atau kasar.
  • Susah memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya. Kalau dia yang bersalah, susah hendak minta maaf.
  • Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu.
  • Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah, serta membenci orang.
  • Kurang menghormati pemberian orang.
  • Suka mencerita kelebihan diri.
  • Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.
  • Kurang menikmati nikmat Allah SWT Kalau ada, dibazirkan.
  • Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.
  • Kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.
  • Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang.
  • Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
  • Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.
  • Sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain.

Namun, apakah pulak jenis-jenis sombong? Ini dia.

  1. Sombong terhadap Allah SWT. Tak nak patuh pada semua yang diperintah oleh Allah seperti Firaun, Namrud dan semua manusia yang mendakwa diri mereka bersifat Uluhiyyah.
  2. Sombong terhadap Rasul. Tak ikut ajaran yang dibawa mereka dan tak beriman kepada mereka.
  3. Sombong terhadap makhluk. Membangga diri adalah terbaik, menghina makhluk lain merasa diri adalah lebih bagus dari yang lain atau sifat yang sama sepertinya.

Nak tau tanda-tanda sifat sombong? Jom baca ni sampai habis.
Nak tau tanda-tanda sifat sombong? Jom baca ni sampai habis. Kredit Google. 


Kesimpulannya, sifat sombong sangat bahaya sebab bila sifat ini wujud dalam jiwa, ia boleh menghalanginya dari Syurga, sebagaimana dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:

"Tak akan masuk Syurga sesiapa sahaja didalam hatinya mempunyai sifat kesombongan, walaupun sebesar biji sawi." (HR. Muslim - Hadis daripada Abdullah Bin Mas’ud)

Moga bermanfaat.

1 comment:

Powered by Blogger.