Mereka yang hypothyroid perlu mengambil thyroxine sebab pengganti kelenjar tiroid untuk produce hormon tiroid. Mereka yang HYPOTIROID ni tak kiralah dalam keadaan apa pun yang menyebabkan mereka Hypo sama ada hypo sebab ubat (dari hyper ke hypo, atau hypo sebab pembedahan thyroidectomy. Semuanya sama saja, mereka akan ambik thyroxine jugak.
Seringkali apabila kita dapat dose ubat, doktor akan turunkan dose bila T4 jadi tinggi. Doktor akan cakap, kita dah jadi hyper, jadi kena turunkan dose. Padahal kita dah selesa dengan dose yang sebelumnya. So apa nak buat kalau benda ni jadi kat kita?
Contoh;
Kita selesa sangat dengan dose 150 mcg. Berat badan tak naik. Sendi tak jammed. Mood bagus. Emosi bagus. Tapi bila doktor tengok result darah kita, doc turunkan dose ke 100 mcg. Apa kita akan rasa? Berat badan naik. Malas pun sama naik. Sendi macam enjin berkarat. Moody. Emosi ke laut. Macam-macamlah.
Haa, korang pernah alami tak?
Apa nak buat bila doktor turunkan dose Thyroxine. Kredit Google. |
Sebenarnya, ada cara nak kurangkan kesan mendadak daripada penurunan dose ubat tu. Caranya mudah saja dan ada yang dah buat. Kalau doktor nak ubah dose ubat, mintak dengan doktor untuk ambik dose lama pada hari sabtu dan ahad. Hari lain, kita ambik dose baru.
Katakan dose yang lepas ialah 150 mcg. Doktor turunkan ke 100 mcg. Mintak dengan doktor untuk ambik dose baru (contoh 100 mcg) pada hari Isnin sampai Jumaat. Tapi Sabtu dan Ahad, mintak untuk kekal dose lama (150 mcg).
Kalau kita buat macam tu, badan kita boleh ambik masa untuk serasi dengan dose terbaru thyroxine tu. Satu lagi ialah, kita akan jadi lebih cergas bila jadi sedikit hyper.
Tapi kita tak boleh ambik dose tanpa arahan doc. Boleh bincang dengan doktor yang merawat semasa appointment akan datang.
Bincang baik-baik dengan doktor. Jangan angguk-angguk jer apa doktor cakap. Sila tanya doktor kalau tak faham ye. InshaAllah dorang akan menjawab segala persoalan kita.
Apa yang penting, jangan gandakan ubat korang. Harap pengidap HYPOTHYROID jadi lebih cergas selepas ini. InshaAllah.
Apa nak buat bila doktor turunkan dose Thyroxine. Kredit Google. |
Ehh, Nanti ada pulak yang tanya tentang HYPER. Kena ingat ye, Hyper tak boleh ikut hypo sebab jenis ubat tak sama. Wallahualam.
Kredit Grup Tiroid dan Anda (Ori).
0 comments: