Didik anak soleh? Apa kata buat tips ni.

Semua ibu bapa menginginkan anak anak mereka menjadi anak soleh solehah dan taat ibu bapa serta perintah Allah SWT. Namun, adalah mudah mendidik anak sehingga menjadi anak yang soleh seperti yang diimpikan? 

Jom baca tips berikut. 

1. Bangun pagi, peluk anak sekurang-kurangnya 3x dan usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati (bergantung pada niat kita untuk anak).

2. Lembutkan hati anak dengan cara menghembus pada ubun-ubun, makanan dan pakaian dengan surah berikut : 

- Surah Al-Fatihah.
- Surah Al-Hasyr (ayat 21-24).
- Surah Taha (ayat 1-5).
- Ayat Qursi.
- Zikir ya Latif.

3. Setiap kali nak nasihat anak, baca 3 nama Allah dan hembus :

- Ya 'Aziz.
- Ya Jabbar.
- Ya Mutakabbir.

4. Doa khas agar keluarga jaga solat dan elok perangai. (Surah Ibrahim : ayat 40)

5. Sentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil doa dan nyatakan harapan. Sebaiknya setiap malam dalam keadaan baru hendak tidur ketika otak sedang berehat dan lebih mendengar kata.

Moga bermanfaat. 

(Dipetik dari Buku Mendidik Anak Cara Al-Fateh).

Kredit : Grup Telegram Petua dan Kesihatan.

3 comments:

  1. Semoga menjadi insan yang soleh dan solehah

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  3. si kecik ammi yang umur 7 tahun tu..bangun pagi memang tak dpt peluk sbb dia marah bila kita kejut dia untuk subuh. Bila kita nak cium pun seboleh-bolehnya dia elak. tapi itu dengan amminya ni jelah...kalau abah yg kejut laju je bangun

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews