'santai tapi sampai'

Lelaki ni kadang memang lain ragam dia. Ada lelaki atau suami yang sempoi sproting je, tapi ada jugak yang jenis tak puas hati luah jer. Pun...

21 perkara yang membuat suami anda naik angin.

Lelaki ni kadang memang lain ragam dia. Ada lelaki atau suami yang sempoi sproting je, tapi ada jugak yang jenis tak puas hati luah jer. Pungg pang pungg pang dia bising. 

Namun, ada gak yang jenis pendam dalam hati. So, para isteri mesti baca ni kalau nak tau apa perkara yang boleh buat suami naik angin. 

Perkongsian ni dari Ustaz Ramli Joned.

21 perkara yang membuat suami anda naik angin.
21 perkara yang membuat suami anda naik angin. Kredit Google.

Jom baca. 

1. Memperkecil suami di hadapan orang lain antara sedar dan tak. Walaupun ianya benar. Contoh, "hubby i tu kan kan.. siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla"...

2. Mengganggu suami dengan menelefon dia perkara yang tak penting, terlampau kerap dan selalu di masa yang salah. Contoh, "hello abang, ada meeting ker tu. Sorry la cuma nak cakap, malam nih kita masak ikan sardin jer. Ok tak?"... 

3. Mengalihkan barang-barang suami, sewaktu mengemas, sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau. Contoh, "kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu."...

4. Mengambil atau menggunting mana-mana muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar atau majalah. Sampai tidak jumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca. Contoh, "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan." Aduhaii, haha.

5. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar atau supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. Contoh, "bang, semalam kita lupa beli garam, gula beras dan susu budak. Boleh singgah tak mana mana, pleaze..."

6. Tak menyediakan senarai yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian marah atau salahkan suami. Contoh, "saya kata beli susu cair dan gula melaka, apasal awak beli susu pekat dan gula pasir. Kan lain tu."...

7. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu. Contoh, "i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana-mana kan? "

8. Bercakap atau bersembang ditelefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber... ber.... Contoh, "pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot."

9. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang ke rumah tanpa izin suami. Contoh, "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan."...

10. Tidak berhias sewaktu di rumah, atau mengambil mudah dengan pakaian dan bau yang kurang sesuai, terutama semasa suami balik ke rumah dari ofis. Tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. Contoh, "Oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin, kat rumah pakai jeans koyak pun orang tak nampak. Ok kan bang.."

11. Mengambil masa yang cukup lama bersiap, bila nak keluar ke mana-mana, dan membuatkan suami tertunggu-tunggu dan terus tertidur. Contoh, "Sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul."

12. Dengan sengaja atau tak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih oleh suami, untuk dipakai di hari berkenaan. Contoh, "Eh baju tu masih berendam dalam besen lagi. Nak pakai jugak ke baju basah tu."

21 perkara yang membuat suami anda naik angin.
21 perkara yang membuat suami anda naik angin. Kredit Google.

13. Selalu menyebelahi anak-anak bila suami sedang hot dengan budak-budak tu. Contoh, "Eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu."

14. Tak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. Contoh, "Nak mandi buat apa awal-awal bukan nak pergi jalan-jalan mana pun."

15. Suka melengah-lengahkan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. Contoh, "Awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih."

16. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. Contoh, "U tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak. Then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar. Then lagi u tak tak. Then today.  Then tadi, u tau tak. Semalam u nak tau. Bla bla bla bla."...

17. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap-tiap hari. Contoh, "i dah kata jangan kasi budak-budak tu handphone, kan sekarang dah. Bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla. Ini semua salah you."...

18. Menfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. Contoh, "eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti-henti nih. Perempuan mana pulak awak nak nih."

19. Tak memasak masakan yang suami nak makan. Contoh, "Apasal u tak cakap tadi kata u nak makan mee bandung dengan pasembor. I dah buat masak lemak labu kuning ni."

20. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. Contoh, "Adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak."

21. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah. Contoh, "You tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu, then nak kacau tepung siap-siap untuk breakfast dan nak masukkan pakaian dalam laundry, kemudian nak tanam padi belakang rumah, then nak menuai sekali."

Kredit Google.

Namun, para SUAMI juga hendaklah meletakkan dirinya di kedudukan isteri, dalam perkara-perkara di atas. 

MOGA-MOGA RUMAHTANGGA AKAN TERUS HARMONI, CERIA DAN BERBAHAGIA. AAMIIN.

0 comments: