Nak tau tip konsisten dalam bisnes?

Sebenarnya nak konsisten dengan 'sesuatu' tu bukan mudah. Sapa setuju? 

Mac​am cikla, konsisten dan terus bertahan dalam dunia bisnes yang dulunya asing bagi cikla bukan hal yang mudah tau. 2 tahun lebih bergelumang dengan minyak urut moden MMG (mujur bau wangi, hehe) bagi cikla tempoh yang agak lama. 

Lebih-lebih lagi bagi cikla yang newbie dalam bisnes dengan ilmu yang secoet. Rasa kerdil sangat. 

Tapi, alhamdullilah disebabkan 5 perkara kat bawah ni, cikla akan struggle dan konsisten teruskan jugak sampai dapat apa yang cikla nak. Nak tau ada apa dengan yang 5 tu? 

Nak tau tip konsisten dalam bisnes?
Nak tau tip konsisten dalam bisnes? Kredit Google. 

Ada big why.
Big why penting sangat sebab itulah pemangkin kita nak terus bertahan. Selagi kita tak capai big why kita, kita tak boleh berhenti sekerat jalan. 

Jaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia terutama keluarga.
Benda ni penting ye sebab Dialah yang bagi rezeki kat kita. Tunaikanlah 'hak-hak' Dia inshaAllah Dia akan limpahkan kita rezeki tanpa syarat. Macam tu jugak dengan hubungan sesama keluarga. 

Cikla pernah baca, orang kata kalau nak bantu orang, bantulah mereka yang paling dekat dengan kita. Mereka tu, saudara mara kitalah dan adik beradik semestinya. 

Ada target/goal.
Nak buat apapun mestilah kena ada target kan. Macam sekarang ni kita buat daily report untuk tengok apa target kita. Nak aim berapa botol terjual sehari dan lain-lain lah. 

Atur masa rutin dengan baik.
Memanglah setiap orang punya masa yang sama 24 jam sehari. Tapi, cara manage masa tu tak sama. 

Macam cikla, seorang suri rumah, ibu kadang-kadang jadi cikgu dan adalah beberapa tanggungjawab lain yang cikla kena jaga. So, bila tengok macam takde masa je nak berbisnes kan? 

Sebenarnya boleh jer kalau kita pandai atur masa. Apa yang penting, balance antara family dan bisnes. 

Cari atau duduk dalam circle positive.
Bagi cikla, circle positive ni sangat penting. Contohnya team cikla sendiri, TDYJutawan dengan leader yang baik hati dan jemaah team yang sangat supportive

Selain dari memberi saingan sihat of course laa dari segi sale, mereka ni selalu bagi semangat dan sentiasa mengingatkan. Maklumlah, kita manusia biasa ada masa rasa down, giveup.

So inilah fungsi circle positive ni supaya energy positive sentiasa berterusan. Yang paling best, perkongsian ilmu tak kiralah mengenai bisnes dan akhirat jugak kita dari circle macam ni. 

Apapun, syukur alhamdullilah atas segala nikmat.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (636) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews