Mudahkan urusan sendiri dengan memudahkan urusan orang lain.

Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, Rasulullah SAW bersabda:
 
"Sesiapa yang menghilangkan kesulitan seorang mukmin di dunia, Allah akan menghilangkan kesulitannya pada hari kiamat.

Sesiapa yang memudahkan urusan orang yang dalam kesusahan, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat.
 
Sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat.

Allah akan sentiasa membantu hambaNya selagi mana hamba itu membantu saudaranya.

Sesiapa yang menempuh perjalanan untuk menuntut ilmu, Allah akan memudahkan dengannya perjalanan ke syurga.

Tidaklah berkumpul sesuatu kaum di rumah daripada rumah-rumah Allah untuk membaca kitab Allah, dan mempelajarinya antara satu sama lain melainkan ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan menyeliputi mereka, malaikat akan mengelilingi mereka, dan Allah akan menyebut-nyebut mereka kepada makhluk-makhluk yang dekat denganNya.

Sesiapa yang lambat dalam melakukan amal (kebaikan), nasabnya tidak akan mempercepatkannya."

[Sahih Muslim, no. 2699]

Moga memberi manfaat. 

1 comment:

  1. betul..mudahkan urusan orglain, kelak orglain pun akan mudahkn urusan kita.. hidup ni kena cari kawan bukannya lawan.

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (636) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews