Cara bersihkan hidung baby.

By Cikla Shahril - June 28, 2016

Dengan menggunakan hidung, baby akan menjelajah persekitaran. Kalau hidungnya tersumbat disebabkan oleh lendir, ada caranya kalau ibu ibu nak bersihkan lendir dan kotoran itu. Jom kita baca apakah cara-caranya;

  1. Guna putik kapas dan air suam. 
  2. Masukkan putik kapas perlahan-lahan, jangan terlalu dalam. 
  3. Bersihkan dengan membuat gerakan memutar ke kiri dan ke kanan.

Cara bersihkan hidung baby.
Cara bersihkan hidung baby. Kredit Google.

Ibu ibu tak digalakkan melakukan perkara ini terhadap hidung baby, iaitu;

  1. Keluarkan kotoran hidung dengan menggunakan tisu atau jari, sebab perbuatan ni akan menyebabkan kotoran lebih terdorong lebih dalam dan menggores membran pembatas hidung yang peka. 
  2. Ibu membersihkan cuping hidung terlalu keras, sebab ini akan menyebabkan luka kerana cuping baby masih sangat lembut. 
  3. Sedut kedua-dua lubang sekaligus, sebab ia bahaya kalau lendir naik ke telinga tengah akan menyebabkan jangkitan pulak.

Semoga bermanfaat, khasnya kepada ibu ibu yang baru memilik cahaya mata. 

Sumber : Ruangan Untukmu Mama.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Assalammualaikum CikLa..wah ni PC boleh kongsikan dengan kawan2 PC yang ada baby..

    ReplyDelete
  2. Banyak info daripada blog cikla telah siqah save. Senang nak refer nanti. Tq cikla! :)

    ReplyDelete