1001 rahsia wajah seorang LELAKI!

Walaupun takde kajian yang khusus dijalankan untuk membuktikan 'kebenaran' ni, tapi apa salahnya saja-saja kita baca apakah rahsia sikap lelaki disebalik wajahnya. Apakah rahsia itu?
 
1001 rahsia wajah seorang LELAKI!
1001 rahsia wajah seorang LELAKI! Kredit Google.

1. Bibir; 
  • Bibir atas nipis - mempunyai sikap tegas dan tak pandai memanjakan perempuan. 
  • Bibir bawah nipis - selalunya bersikap ego tapi bijak dalam bersosial.
  • Bibir atas dan bawah nipis - seorang pendengar yang baik, kuat menyimpan rahsia, pemalu dan bersikap kepimpinan. 
  • Bibir atas dan bawah tebal - seorang yang sensitif, tapi penyayang. Pandai merayu dan setia dalam hubungan. *oohh, merayu yeeee.

2. Hidung;
  • Hidung kemek/pesek - pandai menjaga hubungan, beri perhatian dan romantis pada pasangannya. 
  • Hidung mancung - selalu berkeinginan tinggi, tak sombong dan tak angkuh. 
  • Hidung kembang - seorang yang terasa hati dengan pasangan, tapi setia.

3. Mata;
  • Mata bulat - pandai merayu dan memanjakan perempuan.
  • Mata sepet - tak mahu mendengar nasihat, pendiam dan tak pandai memanjakan wanita.

4. Bentuk wajah;
  • Bentuk kotak - berkeperibadian yang dominan, bercita cita tinggi dan berfikiran kritis. 
  • Bentuk bulat - seorang yang agak emosi, sensitif tapi romantis serta pandai memanjakan perempuan. 
  • Bentuk ovul - selalu anggap dirinya hebat sebab berbadan sasa.

Kaum adam jangan nak marah cikla ye. Cikla saja share ni. Janganlah amik serius sangat. Kadang-kadang bukan betul pun. Kalau ada kena tu pun mungkin kebetulan aje tu. 

Just for fun.

Sumber : Ruangan Dunia Lelaki.

2 comments:

  1. Hmm.. ada yang betul.. ada yang tidak.. tapi.. part yang........

    haha..

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews