Ibu hamil pun kena berpantang jugak...

By Cikla Shahril - June 27, 2016

Erm, dah lama kot cikla tak share info pasal kehamilan kan? Orang cakap masa mengandung ada jugak pantang larang yang kena diikut. 

Pantang larang ni penting supaya dapat memastikan bayi yang dikandung sentiasa sihat dan selamat. Jom kita baca apakah pantang larang tu;

  1. Elak makan makanan mentah sebab ia mungkin mengandungi bakteria, virus atau parasit.
  2. Elakkan memakan ikan yang mempunyai kandungan merkuri sebab ia dikhuatiri akan ganggu perkembangan otak dan sistem saraf baby.
  3. Jangan minum minuman beralkohol sebab ia akan menghalang aliran nutrisi kepada baby, dan mengganggu aliran oksigen kepada baby. Ia juga turut pengaruhi perkembangan otak baby dan akibatnya perkembangan IQ dan fizikal baby terganggu.
  4. Jangan mengambil kafein berlebihan setiap hari sebab ia boleh ganggu kehamilan dan sebabkan keguguran. Baby jugak boleh lahir dengan berat badan yang kurang. Lebih menakutkan baby boleh meninggal semasa dilahirkan. 
  5. Jangan mengambil jumlah kalori berlebihan sebab ia akan menyebabkan obesiti semasa hamil. Ia berisiko kita mengidap diabetes semasa hamil. 
  6. Jangan pakai baju ketat sebab boleh tingkatkan risiko tekanan pada perut dan ini akan ganggu perkembangan janin. Pilih baju yang selesa, menyerap peluh dan paling penting tak beri tekanan pada perut kita.

Semoga bermanfaat. 

Sumber : Ruangan Catatan Kehamilan.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments