Tips melancong.

By Cikla Shahril - January 21, 2017

Kalau dulu, melancong je mesti orang 'ada-ada' je yang boleh. Tapi, sebenarnya tanggapan tu salah. Bagi cikla, zaman sekarang ni, semua orang boleh pergi melancong. Banyak je kan syarikat penerbangan yang memberikan tambang dan harga tiket murah, so that semua orang boleh pergi ke mana aje yang mereka suka. 

Lagipun, tunggu aje time cuti sekolah atau cuti umum, syarikat sebegini pasti menawarkan harga yang kiranya mampu untuk semua orang pergi bercuti. Tapi, seronok, seronok jugak. Banyak perkara yang kita kena amik tau sebenarnya. 

Ini termasuklah tips melancong yang mesti kita tau. Nak tau tak apa dia tipsnya? Baca ni.

Tips melancong.
Tips melancong - Bawak beg yang mudah untuk 'diangkut'. Sumber Google.

  • Kumpul seberapa banyak info yang berkaitan dengan tempat yang kita nak pergi tu. Ini termasuklah lokasi, pengangkutan yang ada di situ, tempat mengenalinya dan tukaran mata wang. Penting tu!
  • Sebaiknya buat tempahan awal tempat yang kita akan tinggal semasa melancong nanti tak kira secara  calling atau online. Tapi ingat, korang jangan lupa print out salinan yang korang dah tempah tu sebab ia boleh dijadikan bahan rujukan.
  • Tukar siap-siap duit. Kalau boleh elak tukar di airport atau mana-mana tempat sepanjang perjalanan korang sebab ditakuti nanti ada yang 'skodeng' korang. Tak pasal-pasal korang jadi mangsa si pencopet.
  • Save semua info dan no telefon penting kot-kot berlaku emergency. Senang nanti. Seeloknya simpan bersama dengan passport korang.
  • Sebaiknya elak simpan duit di tempat yang pencopet senang nak nampak. Selain tu, jangan letak wallet korang dalam poket belakang seluar atau poket beg galas korang. Seeloknya, letak dalam poket di bahagian dalam seluar atau baju korang. 
  • Kalau korang berjalan di tempat yang crowded, letak je tangan korang kat dalam poket, jangan suka-suka je korang letak wallet korang atas meja makan lebih-lebih lagi di kawasan yang busy dan ramai orang. Ingat tu!
  • Bawak sekali kredit atau debit kad korang. Manalah tau kalau-kalau berlaku emergency. Tapi, ingat simpan di tempat yang berasingan tau.
  • Elakkan simpan duit, kad kredit/debit, dan semua yang berharga di tempat yang sama. Sebaiknya, asingkan.
  • Kalau boleh, janganlah bawak barang banyak sangat dah macam dah tinggal kat sana terus pulak dah. Pendek kata, bawak yang perlu dan penting je.

Cikla rasa ada orang lebih suka guna beg galas je masa travel sebab lebih senang. Barang pun bawak yang perlu je. Takdelah nak angkut semua. Hihi.

Sumber METRO!

  • Share:

You Might Also Like

7 Comments

  1. tips ni mmg sgt menarik, info mgenai tmpt kita nak pegi tu msti tau bg mmudahkn kita. salam minggu dr Ju =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sharing is caring ju... Salam hari isnin... hihi

      Delete
  2. Wkmsalam.
    Tk. Info yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  3. bestnya melancong msih blm berkesempatan..aigoo

    ReplyDelete
  4. Tips yang sangat bermanfaat sekali,penting seklai untuk kita pahami sebelum melancong.

    ReplyDelete