'Santai Tapi Sampai'

Pagi-pagi lagi cikla cerita pasal ciri-birit kan. Takpelah, kata orang sharing is caring. Iye dok? Hmm, orang cakap kalau kena cirit-birit...

Tips untuk mengatasi gejala cirit-birit.

Pagi-pagi lagi cikla cerita pasal ciri-birit kan. Takpelah, kata orang sharing is caring. Iye dok? Hmm, orang cakap kalau kena cirit-birit memang menyeksakan. 

Mana taknya, kalau yang cirit-biritnya teruk asyik ulang-alik ke tandas je. Kalau kat rumah ok lagilah, tapi kalau kat tempat kerja? Habislah semua kerja terbengkalai jadinya. Betul tak?

Walaupun cirit-birit boleh sembuh tanpa rawatan selepas beberapa hari, tapi ia agak teruk jugak sebab kita mungkin akan kehilangan air yang banyak dan terhidrat. 

Kalau kanak-kanak yang kena, memang kesian kan. So, untuk mengurangkan gejala cirit-birit ini, ada beberapa tips untuk mengatasi gejala cirit-birit ini.

Tips untuk mengatasi gejala cirit-birit.
Tips untuk mengatasi gejala cirit-birit. Sumber Googke.

Minum banyak air untuk elak dari dehidrasi. 
Tak kisahlah kalau nak mium sikit-sikit, asalkan kerap. Kalau cirit-birit yang disertai muntah, lagi teruk. So, korang kena minum air lagi banyak.  

Lagi satu, kalau boleh jangan minum jus buah atau air bergas sebab ia akan menyebabkan keadaan bertambah teruk. agi ibu-ibu, kalau baby korang yang masih menyusu mengalami cirit-birit, korang lebih kerap susukan baby dan kalau baby menunjukkan tanda dehidrasi 

*contohnya bibir kering dan menangis tanpa air mata cepat-cepat bawak pergi jumpa doktor. 

Ambil garam rehidrasi oral (ORS) bagi merawat masalah dehidrasi yang berlaku.

Garam tersebut kena dilarutkan dalam air dan diminum supaya far am, glukosa dan mineral yang hilang dapat diganti. 

Kalau korang nak tau, semasa cirit-birit minum lebih penting dari makan sebenarnya. Tapi, kalau cirit-birit dah beransur sembuh, ambil makanan supaya kekurangan gula dalam badan dapat dielakkan. 

Cuma jangan amik makanan berminyak atau pedas.

Ambil ubat cirit-birit *seperti Diphenoxylate dan Loperamide.

Ini adalah untuk memperlahankan pergerakan otot di dalam usus supaya lebih banyak air diserap di kawasan usus. So, nanti najis akan jadi lebih pejal. 

Tapi kena ingat, ubat ni hanya untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas. Tapi korang kena ingat. Seeloknya, semasa cirit-birit JANGAN; mengambil ubat seperti paracetamol atau ibuprofen kalau korang cirit-birit disusuli dengan demam, sebab ubat ni tak boleh rawat cirit-birit tapi boleh rawat demam je.  

So, apa yang penting dapatkan nasihat doktor. Antibiotik tak berkesan untuk rawat jangkitan yang disebabkan virus. Lagipun, sesetengah antibiotik boleh memberi kesan sampingan.

Sumber Ruangan Ubat, Metro.

2 comments:

  1. pernah seminggu cirit gara gara kuih beli di pasar.. lepas tu taubat tak pernah dah beli situ walaupun tempat tu memang famous jual kuih.

    ReplyDelete