'santai tapi sampai'

Bila si ibu semakin meningkat usia, hati menjadi semakin sensitif , mudah terasa dan mudah merajuk. Jangan ingat orang yang bercinta je suka...

Tazkirah Sentap : Hati Seorang Ibu.

Bila si ibu semakin meningkat usia, hati menjadi semakin sensitif, mudah terasa dan mudah merajuk. Jangan ingat orang yang bercinta je suka merajuk, tapi orang tua jugak mudah terasa hati walaupun pada zaman mudanya dia seorang yang berjiwa kental dan tidak ambik peduli.

Kalau dengan anak-anaknya pun sama. Kalau disuruh anak buat sesuatu atau si ibu mintak buat sesuatu, anak pulak buat tak tahu je. Manalah kita tau hati seorang ibu kan.

'Sungguh, ibu mesti terasa hati dan sedih. Sedihnya bertingkat-tingkat.'

Kadang-kadang tu, bila si anak bersuara agak kuat, pun dah bergegar hati, takut-takut anak jadi derhaka pulak sebab mungkin si anak terlupa sempadan antara neraka syurga.

Bila dah tua, lagilah mudah nak kecik hati dengan perangai anak-anak. Ibu mintak tolong picit kaki, anak kata penat. Lepas tu, disuruh anak  buat sesuatu, bertangguh-tangguh pulak.

Bila diajak buat kebajikan, ada je alasannya. Manalah si ibu tu tak terasa hati dan kecik hati dah macam bersarang pulak dalam jiwa tu. So sad.

'Tapi, mulianya hati seorang ibu.'

Dek kerana takut anak ke neraka, dek kerana takut anak jadi anak derhaka, si ibu rela mendiamkan diri dan menangis sambil dalam hatinya istigfar. Melawan bisikan syaitan yang gembira apabila anak jadi derhaka.

Kalau berkata 'uhh' pun dah dianggap derhaka apatah lagi kalau si anak melawan, membantah atau tidak ambik peduli permintaan  ibunya.

'Ingatlah, seorang ibu tak rela anaknya disakiti sejak lahir....'

Sedangkan nyamuk gigit pun dia sanggup berperang mengejar nyamuk sampai dapat, apatah lagi membiarkan langkah kaki anaknya menuju ke neraka. Sia-sia sajalah si ibu mengandung, melahirkan, menyusu, mengasuh dan mendidik dengan penuh kepayahan, mana boleh senang-senang membiarkan anak ke neraka atas sebab anak tidak pandai menjaga hatinya.

Tak sama sekali...

Sepenuh jiwa raga si ibu  abaikan bisikan syaitan dari mendoakan sesuatu yang buruk kepada anak. Istigfar, zikir atau doa supaya Allah ampunkan dosanya dan anaknya. Tak sanggup melihat menjadi anak menjadi derhaka dek kerana rasa kecik hati. Kasihan anaknya. Si ibu berusaha mengubati hati sendiri supaya tak terus berasa kecik hati dengan anak-anak.

'Anak-anak tu pun sebenarnya sedang diuji oleh Allah supaya menjaga iman dan akhlaknya....'

Tazkirah Sentap : Hati Seorang Ibu.
Tazkirah Sentap : Hati Seorang Ibu. Sumber Google.

Oleh itu wahai ibu diluar sana, mudahkan urusan agar kamu tak mudah merajuk dengan anakmu. Kalau syaitan mengajak bersetongkol sama, cepat-cepat jauhkan diri. Beristigfarlah, jangan berhenti. Alunkanlah zikir, tasbih, takbir sampai bergema di dalam tempurung kepala. Doakan yang baik-baik untuk anak.

Selagi masih ada rasa merajuk, teruskan berzikir dan beristigfar.

'Sayang anak bukan sahaja semasa di dunia tetapi nak kumpul bersama-sama dengan anak di Mahsyar nanti sambil berjalan menuju ke syurga.'

Terus-terusan berdoa agar Allah beri petunjuk dan jalan keluar sebarang masalah yang sedang dihadapi. Sebab tu hati ibu, walaupun si anak membantah suruhannya, dia masih boleh bersembang dengan anak, malah masih boleh  bergurau-gurauan dengan anak. Dia mengetepikan semua bisikan syaitan, sebab dia mahukan anaknya ke syurga.

Seorang ibu sanggup menangis di dunia dari dia nangis di akhirat nanti bila dia mencari anaknya tapi tak jumpa-jumpa.

Seorang ibu yang pengasih akan setiap malam doa, meredhakan anaknya, mengampunkan semua dosa anaknya, walaupun si anak takde mintak ampun kepadanya. Si ibu hanya mendoakan yang baik-baik je untuk anaknya, sebab bila dia dah takde kelak, dosa anak-anak dengannya telah terhapus.

'Seorang ibu tidak akan berdendam dengan anaknya, kerana itu kerja yang sia-sia.'

Jadi, wahai ibu sekalian, jagalah iman dan hati kita supaya jangan nanti sampai kita terdetik mendoakan yang bukan-bukan kepada anak kita. Rugi sangat, kesal sangat kalau anak kita tak menjadi soleh atas kerana kita selalu nak kecik hati dan merajuk. Utamakanlah anak kita kerana kita menunggu doa mereka di alam barzakh nanti.

'Doa anak orang belum  ada jaminan sampai ke kita.'

Bila hati merasa sebak dengan anak, berbaringlah. Kemudian pejamkan mata menangis tapi dalam hati jangan berhenti istigfar, mintalah ampun dengan Allah. Jangan layan bicara hati yang sedih dan duka.

Semoga teguran ni dapat memberi kita sedikit kesedaran untuk menjadi lebik baik.

Sumber Whatsapp Group.

11 comments:

  1. Hargailah pengorbanan seorang ibu. Tak ternilai harganya. Bahagiakan lah mereka sementara mereka masih ada di dunia nie. Bila mereka tiada nanti dah hilang satu keberkatan hidup kita =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ana... nanti esok2 kalaulah dh tiada jgn menyesal pulak... kan..

      Delete
  2. Sebagai anak yang masih ada ibu atau bapa, jagailah hati mereka.
    Sebagai ibu kepada anak2, doailah mereka

    ReplyDelete
  3. kasih ibu hingga ke syurga.. sgt mahal dan tak ternilai hingga tiada siapa yang mampu membelinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasihnya ibu... membawa ke syurga... ❤❤

      Delete
  4. Doa anak orang belum jaminan sampai ke kita ? Maksudnya ?? ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg saya faham maknanya adalah doa anak sendiri adalah lebih diutamakan dan inshaaAllah akan 'sampai' ke kita bila kita di sana nanti.
      Untuk lebih clear awk Tanya pada yang pakar ye.. Tq..

      Delete
  5. kasih ibu tidak dapat ditandingi oleh sesiapa
    pun


    ReplyDelete