Banjir... salam takziah kepada semua mangsa.

Kita saban hari dikhabarkan dengan berita banjir berlaku di negeri pantai Timur, Kelantan dan Terengganu tak terkecuali Sabah. Terbaru, keadaan banjir dikatakan semakin buruk sebab jumlah mangsa yang terlibat semakin bertambah. *dah macam baca beritalah pulak kan.

Walaupun saban tahun kita mesti dengar banjir berlaku di negeri pantai Timur terutama, orang cakap 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'. Mesti setiap kali berlaku banjir, kerugian dan kemusnahan harta benda pasti berlaku. 

Tapi, siapalah kita untuk mempersoalkan 'ketentuan' ini. Anggap ini sebagai dugaan dan ujian dari Allah.

Dari apa yang cikla baca dari akhbar KOSMO hari ni, banjir diramal semakin buruk sebab hujan lebat masih berterusan di negeri-negeri yang terlibat. Allahuakhbar. Semoga semua mangsa tabah dan sabar menghadapi musibah ni. 

Kesian pada anak-anak yang terpaksa menangguhkan persekolahan mereka dan juga orang tua yang uzur sebab terpaksa berpindah-randah.

Banjir... salam takziah kepada semua mangsa.
Sumber KOSMO!

Nasihat cikla, kepada semua mangsa jaga diri dan elak dari 'bermain' air banjir. Bukan apa, air banjir tu dikhuatiri akan menjadi agen penyebar penyakit berjangkit. Awasi anak-anak jugak, kata orang 'malang tak berbau'.

8 comments:

  1. semoga tabah & dipermudahkan urusan pada siapa yang hadapi banjir..

    salam singgah!

    sy datang ni nak ajak awk join GA sy.. jom :D

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html

    ReplyDelete
  2. semoga tiada kemalngan jiwa yg serius .moga air cepat surut!




    jom join 1st giveaway MG kat blog baru!
    http://perempuanrongak.blogspot.my/2017/01/1st-giveaway-nak-bagi-shampoo-santan.html

    ReplyDelete
  3. harapnya keadaan menjadi semakin baik.

    ReplyDelete
  4. harapnya keadaan menjadi semakin baik.

    ReplyDelete
  5. Salam takziah juga.. semoga mereka sabar melalui ujian Allah..

    ReplyDelete
  6. Mudah2an banjir segera surut.
    kasihan melihat keadaan mangsa2 banjir ni.

    ReplyDelete
  7. Semoga mereka tabah. Takut jd teruk mcm dulu.

    ReplyDelete
  8. :( moga tabah hadapi Ujian Allah...

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews