Razia Sultan, minggu akhir.

By Cikla Shahril - January 23, 2017

Peminat cerita Hindi mesti tak akan melepaskan peluang menonton dan mengikuti drama bersiri 100 episod dan pertama di Malaysia ni. 

Episod awal cerita ni memang cikla follow, tapi bila tang tengah-tengah dah ketinggalan banyak jugaklah episodnya. Tup tup, drama Razia Sultan minggu akhir dah pun.

So, tak boleh miss ni, sebab memang cikla nak tau sangat ending cerita ni. Cerita ini adalah berdasarkan kisah benar yang telah menjadi sejarah Kesultanan Delhi. 

Razia merupakan satu-satunya wanita yang dilantik menjadi sultan yang mana title tersebut sebelum ni dipegang oleh golongan lelaki. Apa kata kita baca sinopsis drama ni. Jom baca.

Pankhuri Awasthy sebagai Razia Sultan, Bhavna Chauhan sebagai Shazia, Rohit Purohit sebagai Ikhtiar-ud-din Malik Altunia, Sooraj Thapar sebagai Shams-ud-din Iltutmish, Mohit Abrol sebagai Nasir-ud-din Mohammad, Seema Kapoor sebagai Shamshad Begum, Khalida Turi sebagai Qutub Begum, Sambhavna Seth sebagai Shah Turkan, Ankit Arora sebagai Rukn-ud-din Firuz, Praneet Bhat sebagai Kasabi Kalandar Lahori, dan Riya Deepsi sebagai Fatima.

Sinopsis;

Razia Sultan ini menceritakan tentang seorang puteri yang cantik, berani, bijak, pemurah dan berjiwa rakyat bernama Razia. 

Razia merupakan anak perempuan kepada Sultan Delhi, Sultan Shams-Ud-Din Iltumish dan juga cucu kepada Qutub-Ud-Din Aibak, yang mana dia dibesarkan dan dilatih mempelajari dan menguasai ilmu pedang serta menunggang kuda.

Seawal usianya yang masih muda, Razia menunjukkan minat dalam politik dan berusaha memperjuangkan hak sama rata antara lelaki dan jugak perempuan. 

Segala konflik bermula bila bekas perempuan simpanan Sultan Iltumish, iaitu Shah Turkan dan anak lelakinya, Rukn-ud-din Firus tetiba muncul untuk merebut kuasa sebab Shah Turkan nak menjadikan anaknya sebagai pewaris takhta Kesultanan Delhi.

Akan tetapi, Sultan Iltumish berjaya menggagalkan rancangan tersebut dengan mengisytiharkan pemerintah Kesultanan Delhi yang seterusnya ditentukan melalui pertarungan. Pemenang pertarungan akan menjadi pemerintah Kesultanan Delhi yang baru. 

Shah Turkan merancang membunuh seluruh keluarga diraja itu untuk memastikan hanya anaknya sahaja yang layak menjadi pewaris takhta Kesultanan Delhi.

Suatu hari, Razia terkejut apabila menjumpai mayat abang serta seluruh keluarganya. Kisah minggu lepas Razia telah diculik oleh sekumpulan perompak. 

So, apakah yang akan terjadi seterusnya? Dan apakah pengakhiran kisah ni? Jangan lepaskan peluang menonton sampai ke episod kemuncak.

Lagu dalam drama ni pun best jugak. Sumber YouTube.


Sumber SINI

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. miaa addicted sgt ngan cerita ni . sampai sanggup blaja sikit2 bahasa diorang bagi senang nk faham even ade subtitle .. hahaha . dgr cerita last ep tak best sgt . tak tahulah ..

    ReplyDelete
  2. kak ana tak sempat lak follow drama ni Cik La :)

    ReplyDelete
  3. adik sy minat giler tgk cite nie

    ReplyDelete