Advertisement

4 tips mudah dapatkan kesihatan yang baik.

4 TIPS MUDAH DAPATKAN KESIHATAN YANG BAIK. Siapa yang tak nak hidup sihat dan terhindar dari penyakit kan. Semua orang nak sihat. Kalau kita nak sihat, kita kena 'usaha' untuk sihat dan kekal sihat.  So, cikla nak share 4 tips mudah dapatkan kesihatan yang baik. Jom baca sampai habis....

4 tips mudah dapatkan kesihatan yang baik.

Minum air untuk mengelakkan dehidrasi. Pastikan cukup 8 gelas sehari tau. Kalau badan kita mengalami dehidrasi, kita akan merasa lesu dan tak bermaya.

Jangan skip sarapan. Kalau boleh masa sarapan, ambil menu yang tinggi serat sebab ia akan membuatkan kita sentiasa merasa kenyang dan tahap gula dalam darah dapat dikekalkan. So, kita tak kan rasa letih dalam masa yang panjang.

Makan kekacang seperti badam sebab ia kaya dengan sumber magnesium dan asid folik di mana ia penting untuk menghasilkan tenaga dan sel baru. 

Rajin bersenam walaupun sekejap. Kalau korang nak tau, dengan bersenam kita boleh menambah tenaga secara semulajadi.


Tak susah pun kan. Rasanya kita boleh buat setiap hari. Betul tak? Apa yang penting, niat dan kesungguhan untuk mendapatkan kesihatan yang diidamkan. InshaAllah... Mari kita mulakan hari ini. Jom....

Sumber Ruangan Hati, Metro.

Post a Comment

3 Comments

  1. Nice sharing. Thank you cik la =)

    ReplyDelete
  2. minum air tu ssh sket nk consume sebanyak tu..rsa cepat je nak terkucil hahaa..still fighting over it! part bersenam tu betul..spe nk rsa freshh rajin2 la bersenam..hihi

    ReplyDelete
  3. Rajin bersenam... krik..krik..

    ReplyDelete