'Santai Tapi Sampai'

Cikla rasa kat pasaran sekarang macam-macam paten cadar dijual kan. Nak yang berbunga-bunga, bentuk goemetri, kanak-kanak, semua ada. Bawak...

Tips membeli cadar.

Cikla rasa kat pasaran sekarang macam-macam paten cadar dijual kan. Nak yang berbunga-bunga, bentuk goemetri, kanak-kanak, semua ada. Bawak je duitnya kata orang. Hihi. Tapi, kalau boleh sebelum nak beli tu, eloklah diteliti sebaiknya sebab biarlah tahan lama dan berbaloi dengan harganya. Betul tak? Sebenarnya, ada beberapa tips membeli cadar. Nak tau tak? Jom baca ni.

Tips membeli cadar.
Pilihan cadar jugak penting. Sumber Google.

  1. Kenalpasti saiz ukuran katil bermula dari kepala sampailah kaki katil, kiri kanan dan ketebalan tilam. 
  2. Pilih kedai yang memang menjual cadar yang berkualiti, warna dan corak yang menarik serta jangan lupa harga yang berpatutan. Penting jugak tu... Yang terbaik korang beli masa ada jualan murah. Boleh berjimat kan.
  3. Kenalpasti kiraan benang pada cadar. Biasanya pada label cadar ada tertulis jumlah kiraan benang yang digunakan. Sebenarnya ia menunjukkan bilangan benang yang digunakan bagi setiap inci persegi di bahagian depan dan belakang sulamannya. Semakin banyak bilangan benang, semakin lembut dan mewah fabrik cadar itu, tapi kualiti benang jugak perlulah diutamakan. Sebaiknya pilih kiraan benang melebihi 250 dan bikin di bawah 175, sebab cadar lebih lembut dan tahan lama.
  4. Kenalpasti jenis fabrik cadar sama ada dari kapas ataupun mix, flanel (kain bulu), sutera ataupun satin. Apa yang penting, pilih jenis fabrik terbaik dan harganya pun mampu.
  5. Kenalpasti dan semak ukuran tepat cadar jugak. Bukan apa, kebanyakan cadar berisiko menjadi kecik sebanyak 7% pada basuhan pertama. So, pastikan ukuran termasuk keseluruha tilam (lebar dan tebal tilam).
  6. Kalau ada duit lebih, eloklah beli lebih. Bukan apa, standby kot-kot ada air tertumpah dan cadar kotor. 
  7. Kenalpasti cara mencuci cadar, sebab fabrik cadar yang berlainan lain cara cuciannya.

Selamat membeli cadar. Hihi.

Sumber Metro!

4 comments:

  1. Tedi singgah menabung \(^0^)/

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Cik La atas tips ni
    .
    Maznee suka tips home improvement cam ni.
    .
    Baru Maznee tahu yang 1st time cuci cadar,
    .
    Ada 7% mengecut dari saiz asal.
    .
    Adakah ini hanya untuk cotton saja? 😃
    .

    ReplyDelete