Cara menjaga fabrik labuci.

Siapa kat sini peminat baju, kain, atau tudung yang berlabuci? Amboi, lip lap lip lap hang naaa. Hihi. Fabrik yang dihiasi labuci sudah tentu nampak 'berkilauan' dan menjadi perhatian orang ramai. *silau mata mak nak. Hehe. Lagipun, orang cakap fabrik berlabuci ni akan menjadikan sesuatu pakaian itu nampak mewah dan elegan. 

So, ada beberapa hal yang perlu diberi perhatian dalam penjagaan fabrik berlabuci ni supaya fabrik tersebut lebih tahan lama dan kekal lip lap lip lap. Peminat labuci mesti tak sabar nak tau kan? Dah dah, jom baca ni.

Cara menjaga fabrik labuci.
M. Daud Kilau dengan pakaian labuci. Sumber Google.

Kalau korang pakai perfume, pastikan semburan perfume tu tak dihalakan direct ke atas fabrik. Sebab apa? Sebab, perfume yang bersifat alkohol boleh mengikis lapisan luar permukaan labuci. So, kalau ia dilakukan berterusan ia menghilangkan warna asal labuci sekaligus merosakkan jahitan/sulaman pada fabrik tersebut.

Kalau korang nak basuh atau rendam fabrik berlabuci ni, sebaiknya guna sabun jenis cecair, sebab sabun jenis ni lebih lembut dan yang terpenting ia bersifat 'mesra manik' kalau nak dibandingkan dengan sabun jenis serbuk. Masa rendaman pun jangan lama-lama, paling lebih pun 5 minit je pun dah cukup dah, sebab kalau direndam lama terutama dalam sabun jenis serbuk/peluntur, ia dikhuatiri akan merosakkan serat benang dan melunturkan warna kilauan labuci itu sendiri. Dah tak cantik dah kalau warnanya dah pudar. Kurang glamor pulak nanti. Hihi.

Kalau korang nak perah fabrik labuci yang sudah dicuci, terbalikkan dahulu fabrik tersebut sebelum diperah lembut dan pastikan ia dijemur di tempat yang teduh. Elakkan dari menjemur di bawah sinaran matahari secara terus. Cepat pudar nanti labucinya. Kalau korang perah fabrik ni tanpa terbalikkannya, kemungkinan ini boleh menyebabkan labuci patah.

Begitu jugak kalau korang nak iron fabrik labuci ni, pastikan ia diterbalikkan dahulu sebelum di iron. Bukan apa, kalau ia tak diterbalikkan nanti muncung iron yang tajam tu boleh merosakkan jahitan labuci tu. Lagi satu, pastikan suhu iron tak terlalu tinggi sebab ia boleh menyebabkan labuci mencair/mereput. Lagi elok kalau korang ada iron steam, tapi pastikan ia digosok dari belakang dan dilapik dengan sapu tangan. 

Kalau korang mencuci fabrik berlabuci dengan cucian kering, pastikan pusat dobi tersebut boleh membuat cucian kering dengan baik sebab chemical untuk cucian kering lebih kuat dan ia mampu mencalar dan merosakkan labuci. 

Sumber Ruangan Stailo Kosmo!

7 comments:

  1. Sis bab2 jaga labuci nie mmg fail. So senang hantar dobi jer. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... kdg terllupa, termasuk dlm washing machine.. terterabur semua manik2.. ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

      Delete
  2. Adehh, kalau lea pakai yang labuci mau tercabut satu2.. tak pandai jaga.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau xpe... bila satu dh tercabut.. habis berderai semuanya... huhu

      Delete
  3. ya pasti jangan basuh dngn mesin basuh. kalau buat jugak memang selamat kain nya

    ReplyDelete
  4. ala x penah ada baju mcm ni.. hihihihihi

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews