Orang mengandung ni memang macam-macam pembawakannya. Jangan ingat mereka ni 'mengada-ngada' konon nak cari perhatian.
Tolong jangan 'bersangka jahat' macam tu ye. Memang betul ada sesetengah ibu mengandung akan mengalami keadaan mabuk masa mengandung ni.
Tapi, macam cikla, alhamdullilah masa mengandung keempat-empat anak sebelum ni memang tak pernah alami mabuk.
Memang tak jadi kerja dibuatnya, sebab bukan mabuk je, sekali pakej dengan mual, nak muntah, letih, tak bermaya dan macam-macam lah.
Walaupun perkara ni merupakan hal biasa, tapi kalau dah terlalu teruk dan berlarutan, eloklah pergi jumpa doktor.
Lebih-lebih lagi kalau mengalami muntah yang teruk sebab keadaan ini mungkin boleh beri kesan pada baby dalam kandungan.
Kalau ibu mengalami muntah yang teruk dalam sehari, nak makan atau minum pun tak boleh sampai berat badan pun turun, dikhuatiri ibu akan mengalami dehydration dan kurang nutrien. Bahaya ooo untuk baby terutamanya. Jangan amik mudah tau.
So, si ibu mengalami mabuk masa mengandung, ibu boleh lakukan ini, iaitu;
Mabuk masa mengandung memang akan dialami oleh sesetengah ibu. Sumber Google. |
- Elak dari bau makanan yang boleh membuatkan perut memulakan supaya rasa loya dapat diminimumkan dan rehat secukupnya.
- Seeloknya, ibu mengambil makanan sikit-sikit tapi kerap, sebab kalau perut kosong boleh menyebabkan rasa loya tau.
- Elak mengambil makanan berminyak, berempah, berasid dan bergoreng.
- Sebaiknya, ambil makanan berprotein dan kaya dengan vitamin B termasuklah makanan yang senang untuk dihadam.
- Try minum air di antara masa makan korang terutama kalau korang rasa susah nak minum tanpa muntah semula. Tapi, masa makan hadkan minum tau. Tapi, pastikan korang cuba minum dengan kerap dan kalau nak muntah *muntah air kemam air batu.
- Cium buah lemon/lime sebab baunya boleh mengurangkan rasa loya.
- Minum teh halia sebab halia bagus memberi kelegaan pada perut dan mengurangkan rasa loya jugak. Tapi, jangan banyak sangat halianya tau..
- Pakai gelang tangan 'acupressure' yang ada di jual di farmasi sebab ia dikatakan boleh mengurangkan rasa loya bagi sesetengah orang.
- Ambil vitamin B6/multivitamin kehamilan dan pastikan mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.
- Guna minyak aromatherapy *minyak limau nipis, lemon atau sitrus atau homepati. Tapi, pastikan mendapat nasihat dari yang pakar.
Semoga bermanfaat.
Sumber Ruangan Hati, Harian Metro.
consume benda berasaskan mint pun boleh bantu kurangkan rasa mual. hehe
ReplyDeletejom singgah pecah ais 1.0
Tq sudi singgah...
DeleteWkmsalam.
ReplyDeleteAda kes isteri yang mengandung, suami pula yang mabuk n muntah2.
Mcm arwah abg sepupu Cikla... Isteri dia prgnt dia pulak yg muntah mabuk semua... tp ok jugak tu. Suami dpt rasa apa yg Isteri dia alami kan... so that, xde lah dia nk ckp Isteri dia kekwat memgada bagai.. Hihi...
Deletepngrbnn ibu mngndng..huhu..sian tgk kkdg asyik mual2 je dorg nie
ReplyDeleteInshaAllah semua wanita yg mengandung Mesti rasa pengalaman ni... hihi
Delete