Walaupun cikla bukanlah kaki make-up, tapi kalau bab asas-asas ni cikla amik tau jugaklah sikit-sikit. Taulah jugakkan kalau orang cerita pasal bedak asas, gincu, maskara, eye liner dan sebagainya. Takdelah nanti 'ternganga' pulak bila dengar orang cerita. Hehe.
Orang cakap, pemilihan bedak asas yang betul mampu memberi 'perubahan' pada wajah kita. Ia jugak mampu menyerlahkan lagi penampilan dan daya tarikan seseorang tu.
Ada beberapa tips pilih bedak asas ikut warna kulit seseorang. Lagipun, setiap orang tak mempunyai ton dan warna kulit yang sama. Betul tak?
Tips pilih bedak asas ikut warna kulit. Kredit Google. |
Berikut merupakan tips pilih bedak asas mengikut warna kulit seseorang;
Kulit kuning langsat.
Pilih bedak asas dan bedak debu yang sama macam warna kulit. Kalau korang yang berkulit sebegini ni nak nampak lagi putih, guna je bedak asas yang lebih cerah. Untuk warna blusher pulak, pilih warna pink yang lembut. Apa yang terbaik, makeup korang mestilah match dengan warna blusher. Barulah cantik.
Kulit sawo matang.
Pilih bedak asas dan bedak debu berasaskan warna kulit. Warna blusher pulak gunakan warna karamel sebab ia akan menjadikan wajah korang lebih fresh. Sementara itu, pilih eye shadow berwarna coklat atau jingga serta gincu berwarna pink dan coklat.
Kulit berwarna coklat.
Pilih bedak asas atau bedak debu yang sesuai dengan kulit. Tapi ingat, jangan mix bedak asas dengan warna yang lebih muda. Untuk eye shadow pulak, pilih warna biru muda atau kelabu sebab ia akan lebih menyerlahkan penarik diri korang.
Kalau blusher pulak, sesuaikan warnanya dengan eye shadow yang korang gunakan atau pilih warna yang lebih cerah. Untuk bibir pulak, just gunakan lips gloss je sebab penampilan yang ringkas adalah lebih mempesonakan.
So, cikla nak share pulak 4 basic penting yang korang kena buat masa nak make-up, iaitu 4 basic penting masa nak make-up;
- Kalau korang make-up masa waktu siang, penggunaan cahaya yang cukup adalah penting dan yang terbaik adalah cahaya semulajadi *cahaya matahari.
- Sebaiknya pakai cermin kecik masa make-up supaya kita boleh tengok muka kita dari dekat.
- Kalau ada duit lebih dan ikut kemampuan koranglah, seeloknya beli alat make-up yang berkualiti tinggi supaya 'hasilnya' nanti superb.
- Seeloknya, blusher hanya digunakan untuk pipi je atau bahagian tertentu je dan bukan untuk keseluruhan muka.
Apa yang penting, bagi cikla make-up yang ringkas itu lagi elok sebab natural beauty korang tak akan hilang dek kerana make-up yang tebal. Bak kata orang, ringkas tapi cantik.
Sumber Metro!
kalau salah plih takut jd lain pulak kan. tq sbb share tips ni. :)
ReplyDeleteSaya pun kadang-kadang salah jugak pilih bedak, last-last pakai jealah Cik Shikin..
ReplyDelete