'santai tapi sampai'

Cikla ingat lagi, dulu masa cikla mula-mula belajar buat blog memang cikla mengaku yang ilmu pasal blog ni cetek sangat. Asalnya dulu, bel...

Belajar buat blog : Antara minat dan perkongsian.

Cikla ingat lagi, dulu masa cikla mula-mula belajar buat blog memang cikla mengaku yang ilmu pasal blog ni cetek sangat. Asalnya dulu, belajar buat blog ni sebab saja suka-suka dan nak tulis pasal diri sendiri. Cikla belajar buat blog pun sebab orang cakap blog ni tempat meluahkan perasaan. Hihi. Tak percaya? 

Cuba korang tengok entri-entri cikla masa awal-awal cikla belajar buat blog dulu. Kelakar pun ada bila baca balik. Hihi. Lepas tu, belajar buat blog pun memang belajar sendiri, just Google tutorial blog belajar buat blog pun memang banyak. Cuma rajin dengan malas je nak explore itu semua. Betul tak?

Tapi, bila dah lama berblogging ni (lama ke, hihi), orang cakap makin banyak ilmu yang cikla tau bila belajar buat blog ni terutama ilmu SEO. Dulu, SEO bagai ni memang cikla tak ambil pusing sangat. Kisah tak kisah sangatlah, dan dulu masa awal-awal belajar buat blog pun tak terfikir pulak 'ada ke orang nak baca blog aku ni.' Asalkan apa yang 'terbuku' di hati tu terluah dengan jayanya. Hihi. 

Sekarang ni pun cikla ada join group AFB yang sangat bagus sebab banyak manfaat yang boleh kita perolehi daripadanya. Ahli-ahlinya pun ramah-ramah dan tak lokek berkongsi ilmu. So, bolehlah cikla 'mantapkan' blog yang tak berapa nak up ni kan. Dan sekarang, cikla yakin yang cikla belajar buat blog ni sebab cikla memang minat menulis dan berkongsi apa sahaja yang cikla rasa patut untuk dikongsi demi kebaikan bersama. InshaAllah.

Terbaru, blog www.coretananuar.com telah menganjurkan  Contest SEO : Belajar Buat Blog. Memang menarik tau. Kalau korang nak join dan nak tau lebih pasal Contest SEO : Belajar Buat Blog ni termasuklah syarat dan sebagainya, korang klik je banner kat bawah.

Contest SEO : Belajar Buat Blog.

Contest SEO : Belajar Buat Blog.
Contest SEO : Belajar Buat Blog. 

Belajar buat blog : Tips nak naikkan trafik blog cara cikla.

Cikla bukanlah pandai sangat nak cakap pasal SEO atau tips yang terlalu advance sebab cikla pun masih belajar lagi. Bak kata orang, masih amateur. Tapi, apa yang cikla nak share ni adalah mengikut apa yang cikla 'dapat' bila cikla cubanya sendiri. Mungkin ada yang dah tau, tapi takpelah orang cakap just refresh atau recall balik kan. So, tips nak naikkan trafik blog cara cikla adalah;

Rajin blogwalking blog orang lain. 

Kalau yang ni memang cikla akui betul. Rajin blogwalking, sebab kalau kita singgah ke blog orang lain InshaAllah mereka akan singgah ke blog kita. Kalau boleh tinggalkan komen at least satu entri pun takpe. Jangan lupa follow sekali tau. Cuma lately, cikla tak sempat lagi nak blogwalking blog kawan-kawan sebab kekangan masa dan sibuk dengan tugas hakiki. Maaf ye kawan-kawan semua. InshaAllah, cikla mesti singgah jugak blog korang.

Rajin update blog.

Dulu, cikla rajin jugak update blog satu hari 5 entri paling banyak. Tapi sekarang, paling banyak pun 3, itupun selang-selang harinya. Kalau ada masa terluang, memang cikla akan update lebih. Memang banyak cerita yang cikla nak share. Cuma masa terlalu 'mencemburui'. Huhu.

Rajin join giveaway atau segmen. 

Yang ni pun cikla akui boleh menyumbang kenaikan trafik blog jugak.

Buat segmen atau giveaway. 

Cara ni boleh sumbang trafik blog sebab orang akan join segmen atau giveaway yang kita buat. Lepas tu, orang lain tengok entri segmen yang dia sertai tu, then mereka pun secara tak langsung akan singgah blog kita jugak.

Itulah antara cara cikla nak naikkan trafik blog cikla. Alhamdullilah, blog cikla ada peningkatan yang positif.

Kalau korang nak belajar buat blog lebih baik dan manfaat yang boleh kita dapat dengan berblog, korang boleh grab ebook di bawah ni. InshaAllah korang boleh belajar buat blog dengan lebih berjaya lagi.


Belajar buat blog : Antara minat dan perkongsian.


Good luck pada yang turut serta. 

31 comments:

  1. thanks for sharing sis!

    ReplyDelete
  2. Kalau sehari dapat tulis dan terbitkan 3 - 5 entri, itu kira sangat hebat tu. Kadang saya nak siapkan satu entri pun semput :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kalau dah terlebih rajin.. kdg2 miss jugak sehari dua tak update..

      Delete
  3. gud luck kpd smua peserta.. SEO bkn ssuatu yg mudah tp berbaloi lau pndai.. :D

    p/s : hi... sy dtg blogwalking dan sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. :D ty..
    banyak info menarik yang saya kongsikan di www.1001petua.com .. InsyaAllah, awk pasti tak kan menyesal.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks... SEO mmg baru bljr... x pro lagi. Bljr yg basic je...

      Btw, Cikla dh follow blog 1001petua..

      Delete
  4. sejujurnya bukan mudah nak buat apa-apa kontes atau giveaway..

    anyway semoga berjaya dalam kontes seo belajar buat blog

    ReplyDelete
  5. Semoga berjaya.

    Mohon tunjuk ajar blogger baru seperti saya ;-) . Salam perkenalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih... Salam perkenalan kembali...

      Delete
  6. Salam CikLa Shahril.... Moga sihat sejahtera. Rupanya CikLa dah banyak tahun jadi blogger.

    Memang semua bermula dengan kosong dalam vab blog ni. Lama kelamaan banyak ilmu yang kita dapat.

    Bolehlah sama-sama kita kongsi imu yang kita tahu.

    Semoga berjaya buat anda.

    ReplyDelete
  7. Betul tu, kena rajin dlm setiap benda yg kita buat. Barulah brhasil.

    ReplyDelete
  8. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ni. :)

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas tips belajar buat blog yang dikongsikan. Harapnya ramai boleh ikuti tips blogging dan belajar cara betul buat blog.

    Jika ikut panduan, tips, teknik yang betul, boleh jana income kerja dari rumah sahaja dengan tulis blog ni.

    ReplyDelete
  10. sangat menarik!

    https://cukaipendapatan.wordpress.com/2017/03/01/penghantaran-borang-cukai-tahun-2016-secara-e-filing-bermula-1-mac-2017/

    ReplyDelete
  11. tips yg mnarik..kena buat itu semua kalau nak naikkan trafik blog gud luck ya..

    dan kena selalu belajar buat blog..huhu

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas tips yang berguna. Kalau tulis blog takda orang baca sedih jugakk.. hihi

    ReplyDelete
  13. tak lama lagi keputusan akan diumumkan...

    apa-apapun salam ukhuwah dalam komuniti blogger

    ReplyDelete
  14. terima kasih...info yang sangat berguna

    ReplyDelete
  15. Mau belajar ngebloh gimana caranya kak?

    lamaran kerja

    ReplyDelete