Tips solekan : Ingatkan betul, rupanya salah...

Sebenarnya, dalam bersolek kita kena peka pada teknik solekan dan yang terpenting adalah jangka hayat alat kosmetik yang kita gunakan. Jangan nanti, apa yang selama ni kita mengamalkan tips solekan ingatkan betul, rupanya salah. Korang nak tau apakah 'kesalahan' yang korang sangka betul tu? 

Ada orang suka simpan alat kosmetik mereka dalam tempoh yang lama, lebih-lebih lagi alat kosmetik yang jarang digunakan sebab mereka tengok masih banyak dan elok lagi. 

Tapi, korang kena ingat bukan semua alat kosmetik yang mempunyai expired date yang lama, paling lama pun setahun je tempoh penggunaannya lepas ia dibuka. Lagi satu, keadaan cuaca pun kena amik kira sebab kulit kita turut berubah ikut misum.

So, sebaiknya elakkan memakai alat kosmetik yang dah melebihi setahun serta sentiasa membersihkan berus makeup paling takpun seminggu sekali supaya masalah kulit dapat dielakkan. Sesetengah orang kalau beli bedak asas contohnya, mesti diaorang akan cuba dulu ditangan kan. Betul tak? 

Tapi, kalau korang nak tau cara ni bukanlah cara yang betul sebenarnya, lebih-lebih lagi kalau nak tentukan warna bedak asas yang match dengan ton kulit kita.

Sebenarnya, cara terbaik adalah mencubanya di pipi berhampiran rahang dan pada bahagian leher sebab kawasan tersebut dapat memberi kan kesan yang realistik dan boleh menentukan sama ada bedak asas tu sesuai atau sebaliknya. Ada orang terlalu menumpu kepada riasan di wajah

Sebenarnya, leher jugak penting lebih-lebih lagi semasa menyapu bedak asas dan bedak padat. Walaupun wajah nampak berseri, tapi leher akan nampak legap dan lebih gelap dari wajah. So, lepas ni, masa merias wajah jangan lupa leher sekali tau. Gunakan berus yang lebih lebar untuk meratakan bedak di bahagian leher.

Tips solekan : Ingatkan betul, rupanya salah...
Tips solekan : Ingatkan betul, rupanya salah... Sumber Google.

Cikla percaya, semua orang mesti menganggap yang produk antipenuaan adalah untuk perempuan yang sudah berusia, tapi sebenarnya ia adalah sebagai persediaan untuk perempuan muda. Kebanyakan pakar kecantikan mencadangkan rutin antipenuaan seeloknya bermula pada lewat usia 20-an yang mana ia dimulakan dengan produk yang bertekstur lebih ringan.

Macam yang kita tau, cleanser adalah untuk membuang atau membersihkan kotoran dan kesan cela pada wajah lebih-lebih lagi selepas bersolek. Tapi, korang nak tau tak, bukan semua cleanser tu boleh menyingkirkan kesan solekan dengan berkesanCleanser yang dihasilkan tak sama!

Ada yang mengandungi bahan aktif yang mana ia boleh menyingkirkan kesan solekan dengan baik malah ia boleh bertindak sebagai pembersih dalaman. Ada sesetengah cleanser pulak just bersihkan kesan solekan semata-mata. 

Apa yang terbaik adalah, sebelum menggunakan cleanser gunakan makeup remover yang khas supaya wajah lebih mudah dibersihkan. Ini jugak boleh membantu pori dah kulit wajah mudah 'bernafas' dan kulit wajah lebih bermaya serta sihat semulajadi. 

Bagi cikla, semuanya bermula dengan kepekaan kita. Apa yang penting, jangan ambil mudah dan sentiasa menitikberatkan kesihatan dan kecantikan wajah sebab ia merupakan salah satu aset penting untuk penampilan dari yang lebih baik. 

Sumber Ruangan Hati, Harian Metro.

10 comments:

  1. nice sharing, sy bab bibir tak pandai nak line, tiba2 kang ternaik atas la, lepas tu lap balik..last2 paki lips ice je hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Itu yg Cikla rasa tips ni sgt bagus utk dikongsi dan dipraktikkn... Hihi...

      Delete
  2. Bab solek menyolek ni akak fail la...

    ReplyDelete
  3. lepas ni nak guna da produk anti penuaan sblm mlangkau 30 an =D
    info yg sgt menarik !

    ReplyDelete
  4. busyra tak pandai sngt nak makeup .. hehe. bab yg simpan barang makeup lama tu betul.. sbb tak terguna. haha

    ReplyDelete
  5. tq 4 sharing cikla.Noob psl mekap haha

    ReplyDelete

Powered by Blogger.