'santai tapi sampai'

Kalau bercakap pasal kanak-kanak hiperaktif ni, cikla taknak cakap pasal budak lain, pasal abang Ammar pun dah cukup dah nak dijadikan con...

Abang Ammar kanak-kanak hiperaktif?

Kalau bercakap pasal kanak-kanak hiperaktif ni, cikla taknak cakap pasal budak lain, pasal abang Ammar pun dah cukup dah nak dijadikan contoh. Abang Ammar, anak bujang cikla seorang tu. Orang cakap, dialah racun dialah penawar.

Ada orang cakap Ammar ni hiperaktif disebabkan kelasakannya. Entahnya, cikla pun tak tau betul ke tak? Tapi, memang dia 'sangat aktif'. 

Mungkin dia kanak-kanak 'aktif' dan bukannya 'hiperaktif'. Mungkin. So, sebab nak tau betul ke abang Ammar ni seorang kanak-kanak yang hiperaktif, cikla gigih explore cari ciri-ciri kanak-kanak hiperaktif dekat gogel. 

Abang Ammar kanak-kanak hiperaktif?
Abang Ammar kanak-kanak hiperaktif? Kredit Google. 

Gogel punya gogel, cikla terpandang perkataan ADHD iaitu Attention Deficit Hyperactivity Disorder. 

Apa bendanya ADHD ni? Kalau korang nak tau, ADHD adalah ciri yang ada pada seorang kanak-kanak hiperaktif. Kanak-kanak sebegini selalu digambarkan sebagai kanak-kanak yang mudah terangsang, lasak dan tak dengar cakap. 

Selain itu, kanak-kanak ini sentiasa bergerak ke sana-sini dan tak pernah puas dengan apa yang mereka buat.

Ciri-ciri kanak-kanak hiperaktif;

  1. Sentiasa bergerak 'cergas' seperti tenaganya seperti sentiasa dicas. Orang cakap tak pernah kenal erti penat. Apa yang mereka buat, 'main, main, main'. Kalau pun mereka penat, rehat kejap je samada tidur sekejap atau minum susu. Bak kata orang, 'isi minyak'. Lepas tu, enjin hidup semula. Huhu. Memang tak reti duduk diam. Lepas tu, usik orang pulak. Aduhai. 
  2. Susah nak beri tumpuan terutama kalau berkomunikasi dengan orang lain. Paling lama pun tumpuan mereka dalam 10 minit je. Ermm, kalau di sekolah pun, mereka tak dapat nak fokus tentang apa yang diajar dan gagal nak ikut peraturan, di samping mereka ni agak pelupa. 
  3. Kurang sabar melakukan sesuatu. Pendek kata, semua nak cepat je. 

Abang Ammar kanak-kanak hiperaktif?
Abang Ammar kanak-kanak hiperaktif? Kredit Google.

Lepas tengok ciri utama di atas, pendapat cikla abang Ammar macam tergolong je dalam ciri-ciri disebutkan.

  1. Dia seorang yang sangat aktif. Orang cakap, kalau nak tengok dia diam time tidur dan kalau dia tak sihat. Memang akan diam dan baring je. Cuma satu je la, merengek. Tapi, kalau dia elok, celik mata je memang tak reti duduk diam. Ada saja perkara yang dia nak buat. Paling tidak pun mengacau kakak Mia dengan baby Zara. Itu belum lagi bab memanjat. Kalau meja tu, memang selamba je dia 'meregang'. Tau-tau dah terconggok atas meja.
  2. Abang Ammar ni pesen dia barang dia jangahlah diusik. Memang nak kena lah tu. Lagi satu, dia memang suka gigit orang. Sepupu yang sebaya dengan dia tu memang selalu jadi 'mangsa' dia. Huhu.
  3. Ada masanya, abang Ammar ni suka menjerit. Kalau ada benda yang 'tak kena' kat hati dia, siaplah. Lantang siap nyaring lagi. 
  4. Pantang naik atas katil, mesti melompat-lompat punya. Aduhai, kadang-kadang pening dibuatnya.
  5. Kalau bawak berjalan atau keluar pergi mana-mana, abang Ammar memang susah nak dipimpin. Maknanya dia nak jalan sendiri. Ingat dah besar sangat lah tu. Independent lah sangat kan.

Pendapat peribadi cikla, cikla rasa dalam kes abang Ammar ni mungkin belum ke tahap 'hiper' lagi kot. Mungkin istilah yang lebih sesuai adalah 'tantrum'. Nak cari perhatianlah tu. Semoga Ammar membesar dan menjadi anak yang berjasa kepada ibu dan ayah.

Sumber sini.

6 comments:

  1. Abang Ammar dah umur berape tu?

    ReplyDelete
  2. Abang ammar ni dah berapa tahun cik la? 😃
    .
    Kanak kanak hiper ni tak boleh makan gula gula dan snek manis. Bertambah tak reti duduj diam jadinya.
    .
    Maznee ada anak yang hiper juga. Sejak kurang gula dah lebih terkawal 😂
    .
    Anak sedara pun ada sorang cam ni. Memang tidur pun lambat sebab tenaga berlebihan.
    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bln 9 nanti 3 tahun. Haah Cikla pun ada dgr org ckp bdk2 kenal kawal gula2 coklat semua... sbb boleh jd diaorg hiperaktif...

      Delete
  3. adoii, baca cerita mcm ni buat saya rasa mcm jauh lagi je nak kawen ada anak bagai semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe... boleh dijadikan panduan di masa akan dtg. .hihi...

      Delete