Selepas banjir, sudah tentu semua peralatan rumah termasuk peralatan elektrik pasti ditelenggami air kan. Kot mana yang sempat dialihkan ke tempat tinggi dan selamat, kira oklah tu. Tapi, kalau yang takdan? Itu belum lagi bab air yang tiba-tiba mendadak naik. Mesti cemas dan kelam-kabut kan nak selamatkan itu ini. So, di sini cikla nak share beberapa tips pengendalian alatan elektrik selepas dilanda banjir yang mungkin berguna untuk mangsa banjir bila mereka pulang ke rumah dan terpaksa mengendalikan peralatan elektrik yang mungkin ada arus elektrik mengalir melaluinya.
Pengendalian alatan elektrik selepas dilanda banjir wajib dititikberatkan untuk mengelakkan perkara buruk berlaku. Sumber Google. |
- Dapatkan kontraktor pendawaian elektrik yang bertauliah *berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga dan layari www.st.gov.my bagi memeriksa sebaik mana tahap keselamatan pendawaian elektrik di rumah.
- Jangan pandai-pandai nak hidupkan alatan elektrik yang telah terendam dengan air banjir. Bukan apa, takut nanti 'sikap memandai-mandai' tu akan mengundang padah sebab kalau korang nak tau alatan elektrik yang terendam tu boleh sebabkan litar pintas dan kebakaran berlaku.
- Sebelum nak gunakan alatan elektrik, pastikan ia dibersih dan dikeringkan dulu. Kalau perlu, hantar alatan elektrik yang terlibat pada juruelektrik untuk dibersihkan, diperiksa dan repairing.
- Korang kena ingat, wayar elektrik walaupun bertebat, dikhuatiri membahayakan. So, jangan berani-berani ye nak pegang atau alih wayar yang terputus tak kiralah kat dalam atau luar rumah. Beware friend!!
- Larang dan awasi anak daripada mendekati sama ada tiang elektrik yang tumbang, kabel elektrik yang putus dan semua alatan elektrik yang terendam sebab ia berisiko menyebabkan renjatan elektrik.
- Call TNB Careline 15454 atau pergi je ke pejabat TNB berdekatan rumah korang untuk sebarang aduan, tindakan dan advice.
Cikla harap perkongsian ni dapat memberi panduan supaya kejadian yang tak diingini dapat dielakkan.
Tips yg sgt bguna even kpd smua yg xtlibat dgn bnjir pun kena tau tips2 ni =)
ReplyDeleteBrg electric mmg xboleh dibuat main... bahaya...
Deletetq tips ini :)
ReplyDeleteWelcome... ☺☺
Deletesebab tu sentiasa berhati2 kan
ReplyDeleteAlert and careful....
Deletethks tip cik la... walpaun x terlibat banjir tpi ilmu mcm ni wajib ambil tahu
ReplyDeleteSama2 unni... org ckp cegah sblm kena...
Delete