Faiz Subri kebanggaan Malaysia!

Cikla percaya peminat tegar bola sepak Malaysia mesti bercerita pasal ni kan. Sejujurnya, cikla bukanlah peminat sukan bola sepak. Tapi, cikla follow jugaklah cerita terbaru dan sensasi yang berlaku. 

Terbaru, cerita pasal pemain bola sepak Pulau Pinang, Faiz Subri yang menang anugerah Puskas FIFA 2016. Wahhh. Anugerah bertaraf dunia tu. Ternyata Faiz Subri kebanggaan Malaysia. Syabas!!

Faiz Subri kebanggaan Malaysia!
Sumber freemalaysiatoday.com

Sebelum ni, nama dia terus menjadi sebutan bila dia berjaya melakukan jaringan gol tercantik semasa perlawanan antara pasukannya, Pulau Pinang melawan Pahang. 

Jaringan tu telah melayakkan dia tercalon dalam anugerah berprestij tu. Dan, hasilnya.. Dia berjaya menewaskan saingan yang memang hebat-hebat belaka. 

Peratusan dia pun memang banyak, lebih 60%. Rezeki awak dik. Sebagai rakyat Malaysia, memang cikla bangga. Anak Malaysia yang membanggakan negara di mata dunia. 

Sekurang-kurangnya, lepas ni Malaysia akan lebih dikenali diperingkat international.

Video yang menunjukkan Faiz Subri menjaringkan gol tercantik sehingga melayakkan dia menerima anugerah berprestij itu.

Sumber YouTube.

Tahniah sekali lagi. Itu je nak cerita.

10 comments:

  1. Alhamdulillah, sifat orang hebat ni, suka tengok orang lain berjaya ๐Ÿ˜
    .
    Bukan kondem je tak tentu pasal. Tahun ni ramai juga orang Malaysia mengarumkan negara di pentas antarabangsa

    Contohnya, atlet kontinjen paralimpik.

    Harith iskandar

    Faiz subhi & formula one.
    .
    Filem redha tentang autisme pun dapat banyak anugerah kat luar negara. ๐Ÿ˜
    .
    ๐Ÿ˜‘
    Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah... semoga ini akan menjadi dorongan dan pembakar smgt utk pemain yg lain mengikut jejak langkah faiz.

      Delete
  2. TAHNIAH ! smoga faiz trus sukses ! =D

    ReplyDelete
  3. Tahniah CikLa, eeh tahniah Faiz.
    Tahniah juga kepada penjaga gol Pahang kerana tidak menyelamatkan gol tersebut.
    Kalau tidak, taklah jadi jarigan yang tercantik di dunia.

    ReplyDelete
  4. wah! ^_^ alhamdulillah membanggakan nama Malaysia di persada dunia.

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (636) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews