Cikla percaya peminat tegar bola sepak Malaysia mesti bercerita pasal ni kan. Sejujurnya, cikla bukanlah peminat sukan bola sepak. Tapi, cikla follow jugaklah cerita terbaru dan sensasi yang berlaku. 

Terbaru, cerita pasal pemain bola sepak Pulau Pinang, Faiz Subri yang menang anugerah Puskas FIFA 2016. Wahhh. Anugerah bertaraf dunia tu. Ternyata Faiz Subri kebanggaan Malaysia. Syabas!!

Faiz Subri kebanggaan Malaysia!
Sumber freemalaysiatoday.com

Sebelum ni, nama dia terus menjadi sebutan bila dia berjaya melakukan jaringan gol tercantik semasa perlawanan antara pasukannya, Pulau Pinang melawan Pahang. 

Jaringan tu telah melayakkan dia tercalon dalam anugerah berprestij tu. Dan, hasilnya.. Dia berjaya menewaskan saingan yang memang hebat-hebat belaka. 

Peratusan dia pun memang banyak, lebih 60%. Rezeki awak dik. Sebagai rakyat Malaysia, memang cikla bangga. Anak Malaysia yang membanggakan negara di mata dunia. 

Sekurang-kurangnya, lepas ni Malaysia akan lebih dikenali diperingkat international.

Video yang menunjukkan Faiz Subri menjaringkan gol tercantik sehingga melayakkan dia menerima anugerah berprestij itu.

Sumber YouTube.

Tahniah sekali lagi. Itu je nak cerita.