11 January 2017

Tips kurangkan pengambilan gula.

Tips kurangkan pengambilan gula. | Assalamualaikum wbt. Orang cakap kurangkan manis dalam makanan/minuman tapi lebihkan manis dalam senyuman awak.  

*senyum sikit. Aww, manisnya. Hihi. 

Sebenarnya, nak kurangkan pengambilan gula dalam kehidupan seharian kita bukannya susah pun. Apa yang penting, sikap dan kesungguhan kita.

Lagi satu, kita kena ingat mengapa dan kenapa kita kena kurangkan pengambilan gula ni? Semuanya demi mendapatkan kesihatan yang baik di kemudian hari.

Bukan apa, nanti muda-muda lagi dah kena sakit kencing manislah, sakit buah pingganglah dan sebagainya.

Tips kurangkan pengambilan gula.

Tips kurangkan pengambilan gula.
Tips kurangkan pengambilan gula. Sumber Google.

Korang mesti sentiasa mengamalkan meminum air kosong. Memang tak dinafikan air kosong memang bagus untuk tubuh badan kita. Kita digalakkan minum air kosong sebanyak kira-kira 2L sehari. Kalau lebih lagi bagus.

Kalau sebelum ni korang buat secawan air manis guna 3 sudu teh gula, apa kata lepas ni korang  hadkan dan kalau boleh kurangkan je gula kepada 1 sudu teh. Tak payahlah manis-manis sangat, senyuman awak pun dah cukup manis cikla tengok. Hihi.

Ada orang suka tambah gula dalam masakan mereka. Bukan tak boleh nak tambah gula dalam masakan, boleh je tapi sesuaikanlah rasanya. Dan kalau boleh kurangkan gula dan takyah letak pun takpe. Sedap jugak.

Jangan ingat dalam snek takde gula. Memang ada tau. So, seeloknya elakkan diri korang memakan snek dan mimuman manis secara berlebihan. Ingat tu! 

Kebaikan memakan buah kepada tubuh badan manusia memang tak boleh dinafikan lagi. So, korang makanlah buah banyak-banyak. Jadikan buah sebagai salah satu snek dan menu wajib dalam setiap menu diet korang. Buah memang kaya dengan vitamin. Sedap.

Sebaiknya, sebelum korang beli makanan yang dibungkus, baca dan teliti dulu senarai ramuan pada label. Teliti kandungan gula didalamnya. 

Pastikan korang memilih makanan dan minuman yang dilabel kurang gula atau bebas gula. Banyak je kot minuman free sugar ni dipasaran. So, apa yang penting adalah alert! Semuanya demi sihat.


Bagi cikla, semua pilihan di tangan kita. Sihat atau sakit, kitalah yang memilih. Betul tak? Apa yang penting kesedaran kita terhadap pentingnya menjaga kesihatan sebab kesannya bukan kita rasa sekarang, tapi dalam masa yang akan datang.

Jom kita sama-sama kurangkan pengambilan gula jom.❤❤

Sumber www.infonasihat.gov.my.

3 comments:

  1. Kak Sue pun tengah nak kurangkan pengambilan gula nie..

    ReplyDelete
  2. tip berguna...tq.Gula tak elok tuk kesihatan. Kalu nak kurus kena kurangkan gula

    ReplyDelete
  3. Yang penting sikap dan iltizam kita.
    Mencegah lebih baik dari merawati.

    ReplyDelete






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.