Personaliti pengaruhi penampilan seseorang?

Bagi cikla, takde salahnya kalau kita nak bergaya atau berfesyen tapi seeloknya gaya yang dipilih itu sesuai dengan kita. Bukan apa, takut nanti kalau 'tersalah' pilih, nampak pelik dan gonjeng pulak rupanya. Tak pasal-pasal orang sekeliling tengok kita pelik je. Hihi. Ada yang mengatakan, kalau nak menggayakan sesuatu fesyen tu, kena kenalpasti macam mana personaliti kita dahulu. Ye ke?

Menurut Siti Sarah Mohammad Hata yang mana beliau merupakan seorang perunding imej, ia perlu sebab ia akan memudahkan kita mencari fesyen yang sesuai dengan kita. Menurutnya lagi, personaliti seseorang itu terbahagi kepada empat, iaitu; 

  1. Natural, cirinya adalah mereka lebih suka berpenampilan sederhana, suka kepada warna yang suram dan tak suka tarik perhatian orang lain. *low profile gitu. Hihi.
  2. Klasik, cirinya adalah mereka suka kepada konsep senada *contohnya warna kasut kena sama dengan beg tangan, suka kepada warna hitam dan kebanyakan mereka adalah dari golongan profesional.
  3. Romantik, cirinya adalah mereka lebih bersifat feminim, berpakaian berunsur bunga-bungaan, menyukai warna lembut/pastel, dan kalau mereka memilih barang kemas lebih suka bercorak bunga.
  4. Dramatik, cirinya adalah mereka lebih suka 'berekperimen' dalam berpakaian dan bergaya ekstravaganza. Wow. 

Selain tu, kalau nak naikkan 'seri' kita, pilih warna yang sesuai dengan tona kulit kita. Rona yang sesuai dengan kulit kita pulak ditentukan dengan kita tengok urat lengan sama ada hijau atau biru. *ermmm, ohh baru tau yang ni. Dan, kalau korang nak tau lagi, ada dua jenis warna iaitu panas *contohnya merah, kuning, hijau dan sejuk *contohnya ungu, coklat gelap, merah hati.

Cara tentukan rona yang sesuai dengan kulit;

  1. Urat lengan hijau - sesuai menggayakan warna panas.
  2. Urat lengan biru - sesuai mengayakan warna sejuk.
  3. Kedua-dua warna - sesuai menggayakan warna panas atau sejuk.

Melihat kesesuaian dalam berpakaian hitam atau putih, iaitu kalau kita nampak berseri jika berpakaian putih, maka rona panas sesuai untuk kita. Tapi, kalau warna hitam pulak menjadikan kita lebih berseri, maka rona sejuk lebih sesuai dengan kita.

Semoga info ni memberi manfaat dalam mencari gaya yang lebih sesuai dengan  diri kita. 

Sumber KOSMO!

13 comments:

  1. romaktik dan natural.. cewahhh... gituuuu!!

    ReplyDelete
  2. oo begitu. siap tilik urat lengan ni ha. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... tau xpe.. Cikla pun baru tau pasal urat lengan bagai ni... Hihi

      Delete
  3. Betul tu...rasanya akak mewakili personality dramatik..suka mencuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka mencuba dan bergaya ekstravaganza tu... wow wow lagi,,, Hihi...

      Delete
  4. Mungkin ya.. Mingkin tidak.. Tapi majority yup.

    http://www.reenri.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Suratan atau kebetulan??? Waallahualam...

      Delete
  5. Saya natural dgn klasik kot. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kebykn org mesti natural atau romantik kan.. hihi

      Delete
  6. Yang part tengok urat tu pertama kali dapat info ni CikLa..hihi...terima kasih bagi guidelines ni..boleh praktikkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah PC, Cikla pun baru tau part tgk lengan tu... tu yg excited nak share tu.. huhu

      Delete
  7. kalau bab fesyen ni unni memang fail ..hihihih

    ReplyDelete

Powered by Blogger.