Melayu Albino?

Siapa pulak 'orang melayu albino' ni? Nak tau tak? Ke ada yang dah tau pasal dah  'tular' pun mamat ni. Jom baca sampai habis. Hihi. Kalau sebelum ni tular kisah seorang mat salleh, Mat Dan yang fasih berbahasa Terengganu, kini muncul pulak seorang lagi orang asing yang fasih berbahasa melayu. Kagum tak? Kalau cikla, memang cikla kagum dan dah tentu bangga. Mana taknya, orang luar yang gigih belajar bahasa kebangsaan kita dan mempelajari budaya masyarakat Melayu.

Lelaki yang digelar 'orang melayu albino' ni adalah seorang lelaki yang lahir dan dibesarkan di United Kingdom bernama Rhys Williams, berusia 24 tahun yang telah tinggal di Malaysia sejak 3 tahun lalu. Dia sangat fasih berbahasa melayu dan tak kekok langsung dengan adat dan budaya Melayu. Malah, dia selamba je berkain pelikat dan makan pun guna tangan je.

Menurutnya, dia tertarik dengan keunikan budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bercadang untuk menetap terus di negara ini. Katanya, dia dah explore kesemua negeri kecuali Sabah dan berhasrat untuk ke sana tak lama lagi.

Apa yang membanggakan dia siap nak jadi pemandu pelancong sekiranya ada kawan-kawan yang nak datang melancong ke sini. Katanya, ni adalah salah satu usaha dia nak promote Malaysia kepada pelancong yang datang. Dashyat kan? Cayalah.

Harapan cikla, kita sebagai rakyat jati Malaysia sepatutnya lebih berusaha mempromosikan negara kita sendiri. Tak salah kot rasanya kalau kita mencontohi si Rhys Williams ni yang elok wajar jugaklah kita contohi. Rupanya kat blog siakap keli pun ada cerita pasal si Rhys ni.

Nak tau apa kisahnya? Klik SINI. Kalau korang nak 'mengenali beliau dengan lebih dekat' bolehlah terjah SINI. Blog dia pun ada. Klik SINI.

Sumber Metro.

7 comments:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews