20 January 2017

Mesti baca : Kisah si ketam.

Mesti baca : Kisah si ketam. | Assalamualaikum wbt. Kisah si ketam yang cikla nak share ni bukanlah resepi ketam masak kari atau butter crab ye.. Itu kisah cerita lain tu, cerita makan. Hihi.

Sebenarnya, kisah ni merupakan kisah pengajaran yang kita boleh amik ikhtibar daripadanya. Jom kita baca kisahnya...


Mesti baca : Kisah si ketam.

Mesti baca : Kisah si ketam.
Mesti baca : Kisah si ketam. Sumber Google.

Melayu: Hello Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina: Ya hello.. Ada… ada… Lu mau ketam Cina ka ketam Melayu?
Melayu: Aik! Ketam pun ada Melayu dengan Cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam Melayu, mana ketam Cina?
Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup… ketam Cina.... sana dalam bekas tak ada tutup… ketam Melayu la…
Melayu: Apa pasal ketam Cina apek kasi tutup.... ketam Melayu apek tak kasi tutup?
Cina: Itu ketam Cina kalau satu ekor keluar.... yang lain akan tengok dan belajar macam mana dia boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Melayu: Ketam Melayu tak itu macam ka?
Cina: Ketam Melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi… jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar. Yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.


Inilah dia kisahnya, kisah dan cerita ketam 'Melayu' dengan ketam 'Cina'. Maaf kalau ada yang terasa dan terkena batang hidung. Tapi, inilah hakikatnya. Kalau orang cina berniaga, orang cina lain tak kacau. Dia tengok je dan belajar macam mana dia boleh berjaya. Manakala, orang cina yang dah berjaya itu pula, akan ajar dan tolong orang cina lain agar dia pun berjaya juga.

Melayu pulak macam mane? Kalau orang melayu, bila satu orang melayu berjaya, orang melayu lain akan guna apa saja supaya orang melayu tu jatuh balik. Macam ketam 'melayu' itulah, bila seeker ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, last last seekor pun tak dapat naik.

Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri.

Mungkin tak semua, tapi itulah hakikat sebenarnya sekarang ini. Sebab itulah melayu susah nak maju. So, janganlah kita jadi macam ketam itu, makanya sama-samalah kita membantu antara satu sama lain...

Buanglah semua sikap dan sifat yang negatif sebaliknya jom kita amalkan pemikiran yang positif. 

Sumber WhatsApp group.

2 comments:

  1. ada baca jugk kisah ketam ni, tp ada terselit nasihat yg positif

    ReplyDelete
  2. Ketam Melayu kena belajar jadi macam ketam Cina.
    Atau kena campurkan aje ketam Melayu dengan ketam Cina tu.

    ReplyDelete






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.