Cakap senang, tapi bila nak buat payah yang amat. So, apakah 3 perkara yang kita payah nak buat tu? Menurut Prof. Dr. Muhaya, ada 3 perkara yang kita payah nak buat, iaitu;
- Buat baik pada orang yang buat tak baik pada kita.
- Menjaga nama orang yang diumpat bila mereka tak ada.
- Mengaku kesilapan.
3 perkara yang kita payah nak buat. Sumber Facebook. |
Pendapat cikla, memang cikla setuju dengan apa yang Prof. Dr. Muhaya katakan tu. Part yang no. 3 tu betul sesangat. Payah nak mengaku kesilapan. Macam orang-orang tua cakap, 'siapa nak mengaku berak tengah jalan'. Betul tak?
Kadang-kadang, kesalahannya dah jelas lagi nyata. Sudah terang lagi bersuluh, pun masih susah nak mengaku lagi. Apa salahnya kita mengaku salah kita walaupun pahit.
Lagipun, kalau asyik mengelak je lama-kelamaan ia akan merosak diri akhirnya. Tak jatuhlah 'martabat' kalau mengaku kesilapan. Orang akan lebih respect kita.
Marilah kita sama-sama memperbaiki diri menjadi lebih baik, Insha'Allah.
hurm... yang no.3 tu setuju sangat, sukarnya nak mengaku silap sendiri...
ReplyDelete