Aku Haus Darah Mu - filem seram terbaru 2017.

Pin pin pon pon, kepada semua peminat dan kaki wayang mesti tertunggu-tunggu filem terbaru yang akan dimainkan di pawagam. Nak-nak pulak korang yang suka tengok filem seram. 

Cikla bukanlah kaki wayang *sekarang ni lah, tapi dulu time anak dara muda remaja, time bercinta-cintun memang kalau dating, tengok wayanglah aktivitinya. Hihi. 

Opppsss, itu dululah. Sekarang ni, agak 'bercinta' sikit nak pergi pawagam. Mana taknya, nak usung askar-askar yang berderet tu. Hehe. Itu belum lagi aneka ragam mereka masa dalam panggung tu kang. Pening pening.

Berbalik pasal filem yang cikla nak share ni, filem itu adalah Aku Haus Darah Mu filem seram terbaru 2017 menjengah pawagam. Tak dinafikan lamakan filem seram di pawagam sekarang ni pun banyak, dan jalan ceritanya pun lebih kurang sama kan? 

Tapi, apa yang menariknya pulak pasal fiem Aku Haus Darah Mu ni? Lain dari yang lain ke? Keseramannya tahap boboi boy kuasa 7 kah? Haaa, kalau nak tau jom baca ni sampai habis.

Cikla rasa apa yang menjadi 'tarikan' filem ni adalah kemunculan pelakon Deanna Yusoff yang dah lama tak berlakon. Mungkin dia nak buat come back barangkali. 

Dan, of course jalan ceritanya jugak, yang bagi cikla lain dari yang lain. 

Peminat Deanna Yusoff mesti tak sabar nak tengok artis kesayangannya kembali beraksi kan? Lebih- lebih lagi berlakon dengan watak yang berbeza kan. Terujalah tu, hihi.

Filem : Aku Haus Darah Mu.
Pengarah : Aidilfitri Mohamed Yunos.
Pelakon : Deanna Yusoff, Nad Zainal, Zoey Rahman dan Farhanna Qismina. 
Tarikh tayangan : 2 Februari 2017.

Sinopsis filem Aku Haus Darah Mu;

Filem Aku Haus Darah Mu, adalah mengisahkan 3 orang sahabat, Lia (Nad Zainal), Arin (Zoey Rahman) dan Ezza (Farhanna) yang pergi ke sebuah kampung kerana mencari info mengenai tarian tradisional yang hampir pupus untuk menyiapkan kerja kursus yang diberi oleh pensyarah mereka. 

Kisah filem ini mengambil latar belakang masa tahun 1980-an. So, berbalik kepada cerita 3 orang sahabat ni, bila sampai di kampung tersebut, mereka tumpang bermalam di rumah Cik Cempaka (Deanna Yusoff) iaitu seorang 'perempuan misteri' yang akan membantu mereka. 

Akan tetapi, Cik Cempaka itu telah meletakkan syarat tarian iaitu tarian hanya boleh disaksikan selepas waktu maghrib (senja) dan dimainkan di hujung kampung sahaja. 

Bermula dari selepas menyaksikan tarian Cik Cempakalah, 'macam-macam' gangguan yang berlaku, tapi hanya Arin dan Ezza saja yang terkena gangguan sebab Lia telah 'dipilih' oleh Cik Cempaka belajar tarian tersebut. 

Apa yang lebih mendebarkan apabila Cik Cempaka juga telah meletakkan 'syarat' berkehendakkan darah anak dara dan anak teruna sebagai 'pengeras' ilmu yang nak diperturunkannya.

So, apakah yang berlaku seterusnya? Sanggupkan Lia mengorbankan sahabat baiknya demi memenuhi 'kehendak' gila Cik Cempaka? Korang kena saksikan sendirila filem Aku Haus Darah Mu.. Jangan lupa 2 Februari nanti tau. 

Meh tengok trailer nya dulu. Gempak ke idak. Hihi.

Sumber YouTube.com.

Cikla pun tak bolehlah nak bagi bintang-bintang di langit pasal belum tengok filem Aku Haus DarahMu lagi kan. Tapi apa yang pasti mesej tersurat dan tersirat yang ingin disampaikan melalui filem ini. Itu yang paling penting kan.

Oklah, selamat menerjah ke pawagam 2 Februari nanti ya. Selamat menonton. Hihihi. *ketawa seram.

Sumber Ruangan Review Filem, KOSMO!

7 comments:

  1. tajuknya wuuu takuttt tapi jln citenya cm prnh tgkla tpi tak hengat kat mana just lain sikit je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... itulah tajuk mcm seremmm kan.. harap2 ceritanya sereemm lah jugak...

      Delete
  2. Alamak, seramnya..
    MAcam nak tengok, tapi takot.. Acaner ni.. T__T

    ReplyDelete
  3. Alamak terbaca waktu malam.. hehehe..
    Skip tgk video..

    ReplyDelete
  4. Maccam best jea filem nie, kena cari nie...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.