Khasiat si keluarga BERI.

By Cikla Shahril - January 15, 2017

KHASIAT SI KELUARGA BERI. Kata orang, kecik-kecik cili padi. Walaupun kecik, power nya memang tak boleh dinafikan lagi. Buah beri ni kecik je buahnya, tapi khasiat yang terkandung di dalamnya tersangatlah besar. Khasiat si keluarga BERI ini dikatakan boleh mencegah kanser, sebab ia mengandungi paras antioksidan yang tinggi di samping ia kaya dengan serat.

Sebiji BERI mengandungi antosianin dan paras antioksidan yang tinggi. Selain itu, ia kaya dengan serat *membantu melancarkan sistem penghadaman dan vitamin C *membantu meningkatkan sistem imunisasi dan memjadikan kulit kita sihat berseri. Jom kenali keluarga BERI ini dan khasiat setiap satunya.


Khasiat si keluarga BERI.

Khasiat si keluarga BERI.
Khasiat si keluarga BERI. Sumber Google.

  1. Acai beri - Berasal dari hutan Amazon. Dipercayai salah satu dari makanan paling berkhasiat di dunia. Kaya dengan antosianin. Khasiatnya adalah mampu meningkatkan tahap tenaga, kesihatan mental dan sistem imunisasi.
  2. Beri biru - Pigmennya kaya dengan antioksidan, vitamin C dan E. Mengandungi kepekatan pati antosianin yang tertinggi  yang mana ia dapat membantu melindungi dari sakit jantung, kanser, masalah penglihatan yang kabur.
  3. Mulberi - Sumber resveratrol yang baik di mana ia dapat membantu mencegah kanser. Selain itu, ia kaya dengan vitamin C. Ia juga biasa ya digunakan untuk mengubati demam dan selsema. Khasiatnya yang mengandung zat besi, ia digunakan untuk mengubati anemia.
  4. Rasberi - Ia berasa manis, wangi dan mengandungi vitamin serta serat. Buah ini dikatakan dapat membantu sistem penghadaman, kekalkan metabolisme dan khasiat antikanser.
  5. Kranberi - Buah ini kaya dengan vitamin C, dan ia selalunya digunakan untuk merawat jangkitan pada saluran kencing. Ia juga boleh mencegah penyakit jantung, ulser dan kanser dengan baik. Selain itu, ia boleh mengurangkan kolestrol dan melindungi otak dari kerosakan saraf.

Pendapat cikla, setiap jenis buah ni mempunyai kebaikan dan khasiat yang hampir sama. Mungkin sebab kesemuanya datang dari keluarga yang sama. Itu sebabnya khasiatnya lebih kurang je. 

Sumber Harian Metro.

  • Share:

You Might Also Like

2 Orang yang komen.

  1. Banyak khasiatnya.
    Boleh cuba try tanam pokok beri ni.
    Dalam pasu pun ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada sepokok kat umah pun dh ok.. puas mkn...

      Delete