Tips elak menjadi mangsa si pencopet.

Walaupun korang happy bercuti, tapi ingat mungkin diri korang diperhatikan. Siapa pulak yang 'rajin' memerhatikan korang ni? Haha, jangan ingat secret admirer korang ye. 

Korang kena tau, walau di mana saja tempat korang pergi untuk bercuti atau bersantai lebih-lebih lagi di kawasan sesak, mungkin korang menjadi salah satu mangsa si pencopet ni. 

Kita kena selalu berhati-hati dan menjaga barangan berharga kita sebab kalau dan hilang memang susahlah nanti. 

Tips elak menjadi mangsa si pencopet.
Tips elak menjadi mangsa si pencopet. Kredit Google 

Sebenarnya, ada beberapa tips elakkan diri menjadi mangsa si pencopet ni. Korang nak tau tak? Teruskan pembacaan korang ye.

  1. Guna 'beg khas' untuk simpan wang tunai dan kad peribadi seperti kad bank, kad kredit, kad pengenalan diri dan passport. Pilih beg dari material yang tahan lasak, nipis dan seeloknya dipakai di badan contohnya di pinggang sebab ia sangat efektif.
  2. Sentiasa berhati-hati menggunakan beg khas yang simpan wang tunai. Bukan apa, mungkin masa korang keluarkan wang, dikhuatiri akan timbul kecurigaan. Sebaiknya, keluarkan wang yang sedikit, contohnya yang kita nak guna je.
  3. Sebaiknya, korang berpakaian macam orang tempatan, kalau boleh jangan nampak macam korang tu pelancong. Kalaulah berlaku apa-apa masalah, jangan panik dan kebinggungan tapi sebaliknya korang mesti nampak yakin. 
  4. Elakkan meninggalkan barangan berharga dalam bilik hotel. Kalau korang  mahu meninggalkannya jugak, pastikan korang simpan dalam peti simpanan yang disediakan atau dalam beg yang berkunci. Simpan barang kereta pun tak digalakkan sebab risiko barangan itu hilang tetap ada. Manalah tau si pencopet tu sanggup pecahkan cermin kereta korang tu untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan.
  5. Percaya kata hati korang, terutama kalau korang rasa ragu-ragu. So, tak salah kot kalau korang sentiasa memeriksa barangan peribadi korang untuk kepastian.

Bagi cikla, keselamatan kita dan barangan kita, sebaiknya kitalah yang tentukan. Tanggungjawab kita sendiri. 

Jangan pulak nak mengharapkan orang lain 'menjaga' barang kita kalau bukan kita sendiri. Si pencopet ni memang licik dan pandai mengambil kesempatan demi mendapatkan apa yang dia nak. So, hati-hati dan peka.

Sumber Ruangan Santai, Harian Metro.

4 comments:

  1. Orang yang suka ambil kesempatan ni tiap masa ada kan cil la
    .
    Kita je kene berhati hati.
    .
    Kalau cuai sikit je memang merana jadinya.
    .
    Cuba bayangkan kalau barang hilang di negara sendiri pun dah susah. Apa lagi kalau berada di luar negara.
    .
    Sebab tu kalau nak pergi mengembara & bermusafir, seeloknya sunnah untuk keluar dalam kumpulan.
    .
    Kalau ada ahli kumpulan yang mendapat musibah.
    .
    Kena copet ke. Seluk saku. Sakit ke.
    .
    Ada kawan yang boleh hulurkan bantuan.
    .

    ReplyDelete
  2. setuju sgt, ju kalo kalo jalan guna beg sandang yg bole adjust ke depan tu, nowadays xbleh caya org sgt. Byk tgk cctv footage cara2 yg di lakukan oleh si pencopet utk dptkn brg bharga

    ReplyDelete
  3. selalu guna bag sling ke depan.. senang.. heheheh

    ReplyDelete
  4. nice share ciklaa. paling takut sebenar nya bila lepas bru keluar duit dari atm. Alhamdulillah tak pernah jadi pd diri sendiri. Apapun kena berhati2. Aina mmg asingkan kad bank ic n duit dr wallet... =)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.