Hari pertama sekolah....

Walaupun ada sekolah di negeri-negeri tertentu sudah pun memulakan sesi persekolahan baru 2017, tapi kat tempat cikla ni sekolah baru start hari ni. Excited ke mereka? Haha. 

Memang excited rupanya. Kakak Batrisyia pun dah darjah satu. Kakak Damia still tadika lagi, baru 5 tahun. Pun excited jugak.

Hari pertama sekolah....
Hari pertama sekolah.... Kakak Batrisyia.
Hari pertama sekolah....
Hari pertama sekolah....

Mujurlah Kakak Batrisyia dah sekolah tadika, start dari 4 tahun hingga 6 tahun. Dia memang dapat sesuaikan diri dia dengan suasana dan mood yang fresh. Tak nangis pun. Cikla pun takde tunggu dia lama-lama. 

Lepas hantar dia ke kelas, tunggu jap sampai kawan-kawannya datang cikla balik. Tapi, kakak Damia masa sekolah petang macam 'mengada' sikit. Aiseh, menangis pulak dia. Tak bagi cikla balik

"Onye (panggilan nama kakak Damia) tak nak sekolah. Onye malu dengan kawan-kawan."

Hehe,dia tak biasa lagi kot, sebab sebelum ni kakak Batrisyia ada. Ada kawan, tak takut kot dia. Masa balik nak amik dia, ok je. Cikla tanya dia nangis tak? Tau apa dia jawab? "Onye tak nangis pun." Macam-macam ragam si anak kan? Layankan ajelah walaupun kadang-kadang tak terlayan.

*tak amik gambar kakak Damialah pulak.

5 comments:

  1. Tahniah Batrisyia dh masuk alam persekolahan sebenar.
    Nanti mintak mak jahit name tag dan lencana sekolah kt tudung tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih WP...

      Lencana dgn tag nama belum dpt lg,, hihi

      Delete
  2. Slmt kembali ke sklh kakak Batrisya

    ReplyDelete
  3. selamat bersekolah Batrisyia..moga jadi anak yang soleha n selamat menuntut ilmu

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews