Pembuli siber!

Korang jangan ingat kes pembulian ni hanya berlaku di 'alam realiti' je, tapi kat alam siber pun ia boleh terjadi jugak tau. Ayoyo. Iye ke? Iye. Hihi. Ermm, siapa pulak si pembuli siber ni agaknya? Dan macam mana kita nak 'kenal' dan tau seseorang itu adalah pembuli siber. Haaa, inilah yang cikla nak kongsikan, sebab cikla rasa cikla perlu share juga info ni sebab kita mungkin boleh lebih berhati-hati dari menjadi 'mangsa' si pembuli siber ni.

Sebelum tu, macam mana pulak kita nak tau yang 'seseorang' itu rupanya si pembuli siber? Bagi cikla ia penting, sebab kalau kita tau seseorang itu rupanya pembuli siber, kita boleh cepat-cepat menghindarkan diri daripadanya. Jom kita baca apakah ciri-ciri itu;

  1. Dia menghantar mesej yang berbaur gangguan, ancaman dan ugutan.
  2. Dia menyebarkan email, video atau gambar yang 'memalukan' seseorang itu kepada orang lain.
  3. Dia menyalahgunakan password atau screen name orang lain dan menyamar serta menggunakan identiti orang lain. 
  4. Dia men'download' komen atau gambar yang tak sepatutnya.
  5. Dia menghantar mesej yang berbaur lucah atau sexting.

Pembuli siber!
Pembuli siber! Sumber Pinterest.

Sebenarnya ada beberapa jenis pembulian siber ni, iaitu menghantar mesej yang kurang ajar, kurang sopan, berunsur fitnah, mengandungi unsur lawak yang tak kena gayanya serta berunsur ugutan/mengancam. So, seandainya korang menjadi mangsa buli, korang boleh ambil tindakan seperti berikut;

  1. Screen capture semua komen yang si pembuli tu hantar.
  2. Buat laporan kepada moderator web yang berkaitan.
  3. Laporkan kepada ibu bapa dan guru kalau si pembuli tu seorang student
  4. Kalau pembulian tu dah sampai ke tahap yang serius, laporkan kejadian ni kepada pihak berkuasa.

Nasihat cikla, semua orang yang melayari internet mestilah menjadi seorang 'pelayar internet' yang berhemah dan positif. Kita seharusnya bertanggungjawab dengan segala apa yang kita tulis, dan seeloknya elakkan dari menulis perkataan yang boleh menyakitkan hati dan perasaan orang lain. Kalau nak bagi komen pun, elakkan dari memberi komen yang negatif, menghina dan memfitnah orang lain. Orang cakap komen yang molek-molek je, komen positif dan membina.

Lagi satu, kalau nak share apa-apa cerita pun, pastikan cerita tu dari sumber yang betul dan sahih. Jangan main share je. Kalau cerita tu betul, takpelah mungkin boleh dijadikan pengajaran. Tapi, kalau sebaliknya? Senang-senang dapat dosa free, huhu. Ingat tu!

Semoga kita semua menjadi seorang netizen yang sentiasa positif semasa melayari internet...

9 comments:

  1. baiklah :)

    ReplyDelete
  2. Betul. Jangan sedap viral je sesuatu info tue tanpa usul periksa. Kena ingat dosa pahala dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp trend org skng cepat sgt nk viral. Sikit sikit viral, sikit sikit viral... huhu

      Delete
  3. good info, timm xpenh lgi la kna..

    ReplyDelete
  4. sepatutnya etika melayari internet ne diajar dari kecil lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp tgk bdk2 skng lagi advance dr kita...

      Delete
  5. bahya zaman teknologi ni...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.