Tips elak tidur selepas Subuh.

By Cikla Shahril - January 28, 2017

Orang tua-tua cakap jangan tidur lepas Subuh sebab nanti rezeki payah nak masuk. Betul ke? Tapi, itulah. Asal lepas sembahyang Subuh je mesti mata jadi mengantuk balik. Mulalah cari bantal, tarik selimut balik.vNak-nak pulak hari cuti. Huhu. Apa kata lepas ni kita 'cuba' untuk tak tidur lepas Subuh dengan tips ni. So, jom baca apakah tips elak tidur selepas Subuh.

Tips elak tidur selepas Subuh.
Tips elak tidur selepas Subuh.

  1. Jauhi tempat tidur. Bila dah bangun tidur tu, kemas-kemas katil terus. Lepas tu, keluar dari bilik buat kerja lain.
  2. Lepas sembahyang Subuh tu, korang lanjutkan dengan membaca Al-Quran. Pahala pun dapat.
  3. Kalau hari bekerja, lepas Subuh tu korang terus je bersiap-siap untuk pergi kerja. Apa salahnya kalau sampai office awal sikit. Manalah tau, rezeki korang dapat anugerah pekerja cemerlang sebab selalu datang awal. Hehe.
  4. Korang lakuka aktiviti kegemaran korang. Tak kiralah apa aje aktiviti. Asalkan bukan TIDUR. Kihkihkih.
  5. Kalau korang nak membaca pun boleh jugak, tapi jangan membaca dalam keadaan baring. Sah-sah buku yang baca korang nanti, bukan korang yang baca buku. Kuikuikui.
  6. Tolong mak korang buat breakfast. Kira oklah tu, sambil-sambil buat breakfast tu sembang-sembang dengan mak. Merapatkan hubungan kekeluargaan lagi.
  7. Korang mandi awal, kalau boleh sebelum Subuh sebelum nak sembahyang Subuh tu. Mandi awal pagi memang bagus tau. Rasullullah pun menyarankan elok kalau kita mandi pagi tu. Segar bugar nanti badan. Tak percaya? Cubalah.
  8. Lepas sembahyang Subuh tu, korang pergi bersenam. Paling tak pun berjonggjng. Badan sihat, otak pun cergas.

So, macam mana? Senang je kan. Mesti kita boleh buat punyalah. Kuatkan semangat lawan godaan syaiton yang direjam.

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. alamak! kadang-kadang tak boleh nak elak tidur lepas subuh. sebab kerja shift. kalu abis shift kul 8.00pagi, matilanak kalau tak tido. haha singgah sini ye cikla!

    ReplyDelete
  2. Kalau hari bekerja Xde masalah sebab lepas subuh terus siap2 utk pegi kerja.
    Biasanya ramai yang terbuat masa cuti bekerja.
    Kalau yang lebih teruk lagi, sembahyang subuh pun dh tengah hari atau pun langsung X buat.
    Tip di atas boleh jadikan panduan.

    ReplyDelete
  3. Ok jgk tu buat keje awal2 pagi.. Bgai otak ni terus ligat berfikir..
    TQ atas perkongsian CIkLa.. ^^

    ReplyDelete
  4. betul2.tmbhn lps subuh baca la ma'thurat ..then kemas rumah n bersenam smbil dgr lagu..haha..insyaallah x ngntuk dh

    ReplyDelete
  5. thanks for sharing sis :*

    singgah isi tabung. jom tengok elsa makan dekat mana semalam

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/01/food-review-murni-discovery-seksyen-7.html

    ReplyDelete
  6. ya betul ... tips ni mmg ada yang membantu.
    mrs pip pun pigi jogging di awal subuh, then sediakan sarapan,
    so tak la tidur semula :)

    ReplyDelete