Mahukan dapur yang ideal? Cuba tips ni...

By Cikla Shahril - January 07, 2017

Cikla rasa orang perempuan mesti tersangatlah sukanya kalau suaminya dapat buatkan dapur yang ideal serta menjadi idaman dia selama ni. Barulah bersemangat 'banyak' bila nak masak untuk seisi keluarga. Betul tak? **oh, dapur tak cantik, takde semangatlah ye. Hihi.

Ada orang suka keadaan dapur yang simple dan minimalist, takde penuh dengan barangan atau perabut. Kalau dapat dapur yang macam tu, memang best sebab senang nak 'berkerja' dan bergerak. Itu belum lagi kita tengok dengan kabinet dapur yang cantik-cantik. Uish, kalau tak kuat iman mesti dah tergoda dah.

Mahukan dapur yang ideal? Cuba tips ni...
Mahukan dapur yang ideal? Cuba tips ni... Sumber Google.

Sebenarnya, ciri-ciri kabinet itu sendiri juga sangat penting. Antara ciri itu adalah, kabinet yang dibina mestilah tak mengabaikan ciri keselamatan termasuklah reka bentuk dan kunci kabinet itu sendiri, di samping kedudukannya tak meyempitkan ruang dapur.

  1. Elakkan menggunakan jubin dapur dari seramik yang licin. Bukan apa, kalau menggunakan jubin yang licin, kalau ada minyak atau air yang terpercik dikhuatiri akan mengundang bahaya. Jubin yang terbaik adalah dengan permukaan yang kasar, malah penggunaan kayu sebagai lantai dapur adalah yang paling baik.
  2. Untuk mengelakkan laci 'terkeluar' semasa ditarik, pasang penghadang. Macam anak cikla, kalau bukak laci tu, memang main tarik je. Kadang-kadang tu sampai berterabur segala 'isi perut' laci tu... 
  3. Ada kabinet yang dibina sekali dengan oven, so pastikan oven tu berada di kedudukan tinggi supaya budak-budak tak boleh nak capai or bukak oven tu. 
  4. Kalau buat kabinet untuk menyimpan barang, janganlah buat tinggi sangat sampai kita orang dewasa pun tak tercapai. So, agak-agaklah 'ketinggiannya' tu.
  5. Dapur memasak yang dibuat bersama kabinet sepatutnya tungkunya kena jauh dari tingkap. Bukan apa, nanti kalau kita tengah masak takdelah api dapur tu meliang-liuk ditiup angin. 
  6. Letakkan peti sejuk jauh dari dapur sebab haba yang terhasil dari dapur boleh mempengaruhi suhu peti sejuk. 
  7. Singki pulak diletakkan lebih dekat dari dapur sebab ia lebih praktikal.
  8. Sediakan ruang khas untuk simpan pisau, gunting, pemecah ais, dan semua peralatan yang berbahaya khasnnya kepada kanak-kanak. Rak penyimpanan bermagnet adalah yang disyorkan.
  9. Jangan guna tombol/pemegang pintu kabinet/laci yang berhujung tajam. Apa yang baik, carilah tombol yang bentuknya bulat. Lagi selamat.

Bagi cikla, ruang dapur merupakan tempat berkumpulnya keluarga, tempat ahli keluarga bersosial dan tak salah kot dapur adalah tempat merapatkan ukhwah sesama keluarga. Dapur cantik dan selesa adalah sangat penting.

Semoga bermanfaat dan memberi sedikit ilham untuk kita deko dapur kita. 

Sumber Harian Metro.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments