Lara Aishah, minggu akhir.

By Cikla Shahril - January 13, 2017

Cikla tak ingat bila cikla mula minat dan tak miss tengok cerita Lara Aishah ni. Tapi, yang pastinya cikla tak tengok dari episod mula. Kiranya dah tengah-tengah kot. Memula tengok, macam biasa je ceritanya. Orang cakap macam drama-drama yang biasa tu. Perebutan kuasa, harta, pangkat dan cinta. 

Tapi, lama-kelamaan tengok macam best pulak. Tak sabar nak tengok sambungannya dan dah tentu kesudahannya nanti.

Cerita Lara Aishah ni kalau tak silap cikla ada 100 episod semuanya. Mak aii, banyaknya. Dah macam telenovela Mexico tu pulak dah, episod sampai beratus-ratus. Tapi, drama Lara Aishah ni memang drama adaptasi telenovela Mexico, La Loba. Patut pun panjang ceritanya. 

Tapi, petang ni dah last episod rasanya. Barisan pelakonnya pun hebat-hebat belaka. Gabungan pelakon lama dan baru. Memang mantaplah. Lagipun, dah lama tak tengok Fasha Sandha beraksi. Dialah 'Aishah'nya, hihi.

Rasanya dia belum pernah 'digandingkan' dengan Nazim Othman kan. Nampak oklah gandingan hero dan heroin ni. Pelakon-pelakon lama macam Dian P.Ramlee, Norliah Ghani, Datuk Shah Reza, Datuk Eizlan Yusuf, Jasmin Hamid dan Maria Farida memang tak boleh nak dipertikaikan lagi kemampuan mereka menjiwai watak.

Apa kita baca sikit sinopsisnya;

Mengisahkan tentang dua wanita iaitu Aishah yang berjuang untuk menyelamatkan pasar tempatan daripada dirobohkan dan mengenai bekas banduan bernama Zurin yang ingin mencari anak kandungnya yang telah hilang. 

Zurin telah dipenjara di luar negara atas kesalahan yang tidak dilakukannya dan semua itu telah dirancang oleh ibu mentuanya. Apabila dibebaskan dia medapat tahu bahawa anaknya telah diculik ketika kecil dan masih hidup, lalu Zurin nekad untuk membalas dendam. 

Sementara itu, Aishah yang dibesarkan Muiz dalam serba kekurangan. Dia hanya bekerja di pasar dan terkenal dengan sikap keras hati. Apabila mengetahui pasar itu bakal diambil alih, lalu Aishah bertekak dengan Datuk Alif, anak pemilik premis tersebut. 

Pergaduhan di antara mereka juga menemukan Aishah dengan Iskandar, waris daripada keluarga mentua Zurin. Iskandar menipu Aishah dengan menyatakan dia hanya seorang mekanik yang miskin. 

Perkenalan itu telah membuahkan bibit-bibit cinta di antara mereka. Dalam pada masa sama, keluarga Iskandar mahu menyatukan jejaka itu dengan Felisha yang dimana sanggup melakukan apa saja untuk memusnahkan Aishah. Ditambah dengan kehadiran bekas kekasih Aishah yang merumitkan lagi keadaan." (SUMBER SINI)

Lagu OSTnya pun best pulak. Dirgahayu nyanyian Faizal Tahir dengan Datuk Siti. Best best. (Sumber YouTube).


Episod semalam yang cikla tengok adalah cubaan Marina nak bunuh Zurin, tapi tak berjaya. Sebaliknya, dia yang kena tikam kat perut. Tapi, anaknya Nazri 'mungkin' mati kot sebab si Marina tekup mulut dia dengan kain. 

Jahat kemain watak Marina ni. So, apa pulak kesudahannya hari ni kan. Macam tak sabar nak tengok. Bagi cikla, banyak pengajaran yang kita boleh amik dari drama ni. 

Pendapat cikla, mungkin ini pengajarannya;
  • elakkan sikap tamak.
  • perasaan dendam boleh merosakkan hati sehingga boleh melakukan perkara yang tak diduga.
  • sentiasa bertolak ansur, sayang-menyayangi dan saling protect sesama keluarga dan adik-beradik.
  • belajar memaafkan orang lain supaya jiwa lebih tenang.
  •  
Oklah, itu je nak share. Ehehee.

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. best cerita ni. paling tak suka cik puan marina lah. kejam, senang je bunuh org

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp lastnya kena penjara je. Patutnya kena hukum gantung sbb dh bunuh org... mcm x logik pulak

      Delete
  2. nak sangat tengok last ni tp jiran anknya nk nikah ptg ni. antara 2 ptg ni. hihi

    ReplyDelete
  3. best! tapi hukuman dekat cik puan marina tak berat lah huhuhu tak puas hati betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.... mcm x logik je kan. Padahal dh berapa ramai dia bunch kan...

      Delete