Gaya solekan 2017, glamor elegan.

By Cikla Shahril - January 27, 2017

Sudah hampir sebulan kita berada di tahun 2017. Apa agaknya gaya solekan tahun 2017 ini? Kalau dulu, masa di tahun 2016, gaya solekan adalah lebih kepada solekan senada untuk nampak lebih ayu dan natural. Bagi tahun 2017 ini, jurusolek professional, Rachel Brooke telah 'meramalkan' 4 gaya solekan yang akan menjadi pilihan adalah gaya solekan 2017, glamor elegan. Apakah gaya tersebut? Teruskan pembacaan korang kalau nak tau. 

Menghasilkan bentuk bibir yang mungil dan penuh dengan mengaplikasikan lip liner dan teknik solekan khas *guna concealer. Untuk mendapatkan bibir yang lebih 'penuh', gincu berona terang dan gelap semakin menjadi kesukaan. Tiada lagi rona berwarna nude sebab pilihan gincu yang lebih glamor menjadi kesukaan untuk mendapatkan bibir yang ombre, shining dan metalik.

Gaya solekan 2017, glamor elegan.
Gaya solekan 2017, glamor elegan. Kredit Google. 

Pengunaan bulu mata 'gila-gila' yang mana bulu mata akan disaluti maskara dengan warna yang pelbagai seperti biru elektrik, gold, merah dan kuning terang. Selain itu, teknik 'smokey eyes' akan menjadi gaya sebab ia dapat menjadikan efek maskara lebih menyerlah.

Bintik hitam semulajadi *seperti jeragat menjadi pelengkap solekan. Kalau sesiapa yang takde bintik hitam ni semua, boleh pulak dia 'lukis' pada muka tu asalkan ikut gaya. *hishhh... macam-macam. Gaya solekan sunstripping menjadi pilihan, iaitu bronzer disapu dari kedua-dua tulang pipi sampailah ke tengah hidung macam bentuk butterfly

Bagi cikla, nak bersolek boleh aje, tapi janganlah keterlaluan sebab natural beauty tu lebih elok maaaa.

Sumber Ruangan Tips Gaya.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. glamornya teknik solekan dia..teringin nak cuba pakai kat rumah je..hahaha

    ReplyDelete